Friday, 19 August 2011

TQ PART 1 : BABY DI SELANGOR DAPAT RM100 SEORANG...

ANJING PUNYA PAKATAN...TIPU LAGI...

PENGURUSAN M.A.S BEBAL!!!


KUALA LUMPUR: Pendapatan AirAsia Bhd untuk separuh pertama tahun ini dijangka melonjak 4.6 peratus kepada RM442.3 juta berbanding setahun yang lepas, disokong pleh statistik operasi setakat tahun ini yang menggalakkan.
Syarikat penerbangan itu yang dijangka mengumumkan keputusan suku keduanya minggu depan, menyaksikan kilometer tempat duduk sedia adanya (ASK) untuk separuh pertama 2011 meningkat 7.9 peratus tahun-atas-tahun (yoy) kepada 12.810 bilion.
Untuk pendapatan kilometer penumpang (RPK) pula, ia menambah 23.2 peratus tahun-atas-tahun kepada 10.358 bilion.
"Untuk suku kedua, kami menjangkakan pendapatan mencecah RM270.4 juta, lonjakan 35.9 peratus tahun-atas-tahun," kata MIDF Research dalam laporannya hari ini.
Jumlah penumpang yang dibawa dalam suku kedua menambah 14.9 peratus tahun-atas-tahun kepada 4.5 juta sementara faktor muatan tempat duduk naik empat mata peratusan kepada 81 peratus dengan kenaikan 9.1 peratus tahun-atas-tahun dalam kapasiti tempat duduk kepada 5.5 juta.
"Juga, kami menjangkakan yang AirAsia akan memperlihatkan prestasi baik dalam separuh kedua 2011, dan ini terbukti daripada prestasi menggalakkan yang berterusan seperti yang ditunjukkan oleh statistik operasi bulan Julainya, kata syarikat itu. - BERNAMA

Thursday, 18 August 2011

PEJABAT DAP DIBAKAR???

ibu pejabat DAP Pulau Pinang terbakar dipercayai ada unsur-unsur khianat. Pihak Bomba kini dalam sisatan untuk mengenal pasti punca kebakaran Pejabat Dapjing itu...

DAP BODOH
DAP BANGANG
DAP KAPIR

Wednesday, 17 August 2011

TONY SUDAH BENCI ManUshit


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), menurut beberapa laporan.
Beliau dilaporkan bakal membeli saham pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira $196 (RM583) juta dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.
Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Monday, 15 August 2011

PAS KONON NAK JADI HERO TAPI.....


KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Jabatan Agama Islam (JAIS) agar tidak mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk PAS berhubung pemeriksaan jabatan berkenaan terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, nasihat berkenaan dibuat bagi memastikan maklumat kes tersebut yang kini masih berada dalam siasatan tidak terlepas kepada pihak luar.
"Memang kita minta bertemu dengan JAIS hari ini, tetapi berdasarkan jawapan yang diberikan JAIS secara bertulis atas beberapa perkara kerana kes ini masih dalam siasatan.

Friday, 12 August 2011

Kes Liwat Anwar: Najib, Rosmah Hadir Di Mahkamah


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh.
Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.
Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.
Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Tuesday, 9 August 2011

Mahkamah Benar Anwar Hadir Sesi Temu Bual Saksi


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir semasa temu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temu bual berkenaan selepas berbincang dengan peguam Anwar dan Timbalan Pendakwa Raya diketuai Mohd Hanafiah Zakaria di dalam kamarnya pada Rabu.
Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah hakim perbicaraan hari ini selepas dua saksi iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu semalam.

GEREJA HARAM !!!

Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

Sunday, 7 August 2011

45 NGO Sokong JAIS, UMNO macam mana??????

SHAH ALAM: Kira-kira 45 Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Selangor (NGO) pada Isnin mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di Seksyen 13, Petaling Jaya Rabu lalu.
Menerut jurucakap kumpulan NGO Islam tersebut, Dr Dzulkhaini Husin berkata mendakwa pihaknya mempunyai cukup bukti bahawa pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai asas.
"Kami telah memeriksa perkara ini dengan JAIS, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan JAIS semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam,"kata beliau dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam di sini pada Isnin.

KHIR TOYO DIARAH BELA DIRI...

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mendapatkan sebuah rumah banglo dan sebidang tanah di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan yang perlu dijawab oleh Mohamad Khir

UMNO BACOL!!!

Mana ahli UMNO dimana Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan. Kata beliau walaupun terdapat aduan atau wujud keadaan yang meragukan, para pegawai berkenaan sepatutnya tunggu hingga majlis pada Rabu malam itu selesai sebelum membuat pemeriksaan. 
Dr Chua berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu. 

P/S : UMNO takut hilang UNDI bukan melayu lah tu!! jangan sampai hilang semua UNDI MELAYU sudahlah!!

Thursday, 4 August 2011

HASSAN ALI BERENTAP NGAN KHALID GAGAP!!!


PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.
Dalam pada itu Abdul Khalid menegaskan, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan serta kepercayaan mereka.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGAMUK!!!

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

Monday, 1 August 2011

Pelajar UIAM Dari Guinea Ditemui Mati Dalam Bilik Asrama

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Abdullah berkata mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada 12.30 tengah hari.
Beliau berkata pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.
"Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Menurut beliau lagi, rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.
Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. - BERNAMA