Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday 29 July 2011

Butoh lah!!! Enam Disambut Bagaikan 'hero' Oleh Penyokong-penyokong PSM

Anggota-anggota dan oenyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyambut pembebasan enam tahanan Ordinan Kecemasan bagaikan 'seorang wira' dalam satu majlis yang diadakan khusus untuk meraikan mereka di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini malam Jumaat.
Sambutan itu diadakan kurang lebih tiga jam selepas mereka dibebaskan dari Balai Polis Jinjang pada jam 5.30 petang.
Mereka telah ditahan di bawah Ordinan Kecemasan sejak 28 hari yang lalu.
Dalam majlis untuk meraikan keenam-enam tahanan tersebut, para anggota dan penyokong PSM telah memberikan tepukan bergemuruh sebaik sahaja 'wira-wira' mereka memasuki dewan berkenaan sambil mengibarkan bendera parti mereka.
Sebahagian besar yang hadir telah mengenakan pakaian berwarna merah yang melambangkan bendera parti tersebut.
Yang pertama tiba ialah 'hero paling utama' iaitu ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.
Turut hadir untuk menyambut 'wira-wira' ini ialah Pengerusi PSM, Nasir Hashim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan.

Thursday 28 July 2011

KOMUNIS MOGOK LAPAR

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang kini ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 pada Khamis melancarkan mogok lapar.
Isteri Jeyakumar, R. Mohana Rani berkata tindakan mogok lapar itu akan berterusan sehingga semua enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dibebaskan.
"Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar bermula hari ini untuk mendapatkan keadilan.

Wednesday 27 July 2011

KURANG AJAR PUNYA PKR!

10 orang ditahan termasuk Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Asip di Stesen KL Sentral dipercayai cuba mengganggu program yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 2.50 petang Rabu dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.
Turut ditahan ialah Exco AMK, Zaki Yamani dan pembantu Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam.
Kesemua yang ditahan memakai kemeja-T berwarna kuning.
Kejadian berlaku ketika Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri tiba dengan menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya bagi pelancaran kibar Jalur Gemilang 2011.
Zaki dilihat cuba mendekati Najib bagi menyerahkan sepucuk surat yang dipercayai mengandungi memorandum tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Bagaimanapun beliau dihalang oleh kira-kira empat pengawal peribadi Perdana Menteri.

Monday 25 July 2011

PELAJAR CINA CUBA MALUKAN PM !!!

Malam semalam kalau dilihat Facebook PM penuh dengan perkataan DIAMlah. Perkara ini dipercayai diupah oleh pihak yang cemburu akan kejayaan PM kita. Dilihat anasir hanjing ini tidak berhenti membuat contengan keatas FB PM sehingga lewat pagi tadi..




Saturday 23 July 2011

Murid Berusia 11 Tahun Antara Pemenang Pertandingan Poskad/Esei Hari Jadi PM

KUALA LUMPUR: Murid berusia 11 tahun dari Perlis, Pija Shafiza, hari ini diumumkan sebagai seorang daripada enam pemenang pertandingan poskad dan esei pendek secara talian, yang diadakan sempena hari jadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke-58 semalam.
Pertandingan itu yang dianjur bersama oleh Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia dilancarkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi ADR, di Melaka pada 8 Julai lepas.
Menurut kenyataan penganjur, Pija memenangi kategori esei pendek bersama dua lagi iaitu Yacob Pon Pon, 39, dari Sarawak dan Lemuel Ong Chin Shan, 18, dari Kuala Lumpur.

Friday 22 July 2011

PEMBANGKANG DAPAT RAWATAN KEMURUNGAN PERCUMA...

Dapatkan rawatan awal dan hindari perasaan malu jika mengalami masalah kemurungan atau tekanan mental kerana masalah itu mudah diubati jika dikesan lebih awal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong.
Beliau berkata kementerian memandang serius mengenai perkara itu keranasetiap tahun berlaku peningkatan bilangan pesakit yang mengalami masalahtersebut.
"Ramai yang malu untuk berjumpa doktor bagi mengesan mahupun mendapatkanrawatan awal. Mereka lebih rela untuk menyembunyikannya," katanya kepadapemberita selepas melancarkan Program 10,000 Langkah Sehari bersama Mysihat danBerita Harian di sini Sabtu.

SIAL PUNYA KOMUNIS SUDAH BERANI DEMO KAT BUKIT AMAN

Kira-kira 200 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pakatan Rakyat dan NGO mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini, menuntut pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Mereka juga berkumpul untuk menyerahkan memorandum menuntut pembebasan mereka yang ditahan akhir bulan lalu apabila mereka didapati memiliki bahan-bahan yang didakwa polis mempromosi komunisme dan sebagai bukti rancangan mereka untuk melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'.

Mereka pada mulanya dituduh melanggar Seksyen 122 Kanun Keseksaan, tetapi ini digugurkan. Keenam-enam mereka kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat pada 2 Julai atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam

azlanMereka yang ditahan ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM iaitu M. Sukumaran, AP Letchumanan, Choo Chon Kai, M Sarasvathy dan R Sarat Babu.

Monday 18 July 2011

ARTIS DITUDUH BELI UNDI JUGA...

KUALA LUMPUR: Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang baru, Jurey Latiff Rosli kesal dengan tuduhan Datuk Paduka Shuhaimi Baba yang menuduhnya membeli undi untuk memenangi jawatan tertinggi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Gafim yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Ahad.

Jurey berkata, tuduhan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) itu sebagai tindakan yang tidak berasas kerana mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya.

"Saya kesal apabila ada pihak mendakwa saya tidak telus dan membeli undi termasuklah membayar RM300 kepada perwakilan tertentu bagi memenangi jawatan itu. Ia satu tuduhan yang tidak benar sama sekali," kata Jurey kepada mStar Online yang ditemui sejurus majlis berkenaan tamat di sini, Ahad.

Thursday 14 July 2011

Ambiga: Rakyat tunggu tindakan

Pihak berkuasa perlu mendakwa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak ada siapa yang kebal daripada undang-undang.
Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, tindakan boleh diambil kerana amat jelas, Ambiga telah melanggar Akta Polis apabila menganjurkan perhimpunan haram.
"Bagi kesalahan yang lebih serius seperti hasutan dan menggugat ketenteraman awam, polis perlu melengkapkan siasatan untuk mengetahui sama ada terdapat kes untuk mendakwa bekas Presiden Majlis Peguam itu di mahkamah.
"Apa-apa pun, jangan biarkan Ambiga menganggap dirinya kebal daripada undang-undang. Rasanya, rakyat juga sedang menunggu tindakan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Wednesday 13 July 2011

DAP semakin ghairah hina Islam


Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.
Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam.
Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam.

Tuesday 12 July 2011

BERSIH 3.0 AKAN DILANCARKAN...

PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pilihan raya yang adil dan telus jika mereka tidak mahu berdepan dengan satu lagi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0).
Justeru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu SPR melaksanakan empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersih kepada suruhanjaya itu dalam kadar segera.
“Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera kita akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi.
“Ada tuntutan yang boleh disegerakan oleh SPR, kalau tiada perubagan kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

KOPITAM DI SELANGOR TIDAK HALAL?


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum mengeluarkan pensijilan halal Malaysia kepada mana-mana premis kopitiam di negeri itu.
Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, terdapat kurang daripada 10 peratus pengusaha kopitiam yang beroperasi di negeri ini mengemukakan permohonan sijil halal daripada JAIS.
"Di Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal JAIS walaupun kita ada buat pemberitahuan supaya mereka memohon untuk mendapatkan sijil halal.
"Hingga kini permohonannya ada tapi amat kurang iaitu kurang daripada 10 peratus yang memohon sijil halal daripada JAIS ataupun Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Selangor 2011 di Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.

Monday 11 July 2011

ARTIS PUN NAK BERGADUH JUGAK!!!

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Jehan Miskin menganggap dakwaan penyanyi Ziana Zain yang mendakwa penglibatan golongan selebriti dalam mana-mana persatuan artis sebagai buang masa adalah satu kenyataan yang tidak berasas.

Jehan berkata, mana-mana pihak termasuklah Ziana Zain tidak sewajarnya mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh sesebuah persatuan kerana penubuhannya mempunyai objektif tertentu selain memerlukan sokongan daripada banyak pihak terutamanya golongan artis-artis muda.

"Saya akui memang agak sukar sesebuah persatuan artis itu untuk beri bantuan terutamanya dari segi kewangan kerana dana yang ada bukan besar tapi sekurang-kurangnya kami mencuba.

PESANAN BUAT SEMUA..



RENUNG-RENUNGKAN LAH BERSAMA....

PBB MUSUH ISLAM???

Sumber : Hizbut Tahrir Malaysia

Penubuhan negara Yahudi Zionis Israel telah diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui sebuah resolusi bertajuk United Nations Partition Plan for Palestine atau United Nations General Assembly Resolution 181 (II) Future Government of Palestine yang telah laksanakan oleh Sidang Umum PBB pada 29 November 1947. Ia dipersetujui oleh 33 negara, ditentang oleh 13 negara dan sebanyak 10 negara berkecuali.

Resolusi itu selanjutnya mahukan Mandat British berakhir pada 1 Ogos 1948, iaitu mereka mahukan kerajaan British keluar daripada wilayah tersebut sebelum penubuhan negara Yahudi dapat dilakukan dengan membahagikan sebahagian tanah wilayah umat Islam di Palestin kepada wilayah yang diduduki oleh kaum Yahudi dan wilayah yang diduduki oleh umat Islam.

Sunday 10 July 2011

GEMPAR RUPANYA AMBIGA ADIK KANDUNG ANWAR...



Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga disifatkan pembohong kedua terbesar selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bersekongkol dengan pembangkang dalam perhimpunan haram semalam demi menjayakan kepentingan peribadi pemimpin tertentu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tembelang Ambiga itu pecah berikutan tindakannya yang hadir pada sidang akhbar bersama-sama ketua pembangkang di sebuah hotel semalam sebelum berarak dalam perhimpunan tersebut.

PERKASA DIBUBARKAN ???


Sebelum ini kita dengari pelbagai statment dan bantahan dari PERKASA mengenai sebelum perhimpunan Bershit diadakan semalam mari kita cuba ingati.

 1) “Saya akan lawan habis-habisan, ertinya pada hari tersebut akan berlaku pertembungan, kalau ini berlaku, ia untuk kebaikkan,”(kata Ibrahim Ali). 

 2) "Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat. "Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah,(kata Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang). 

Sudah lah cakap je lebih..pastu cakap 50 bas yang membawa ahli perkasa seluruh negara terkandas oleh sekatan pihak polis. Yang bodoh pegi naik bas apahal. nak mempertahankan negara konon. kalau sekatan jalan raya pun tak bole lepas jangan mimpi lah. lain kali jangan cakap je lebih lah perkasa. Cerita berdentum-dentum. 
Bagus lagi Ambijing dari Presiden Perkasa. tetapi kita mahu menunjukkan yang kita pertahan kan negara. walaupun Patriot tidak seramai BERSHIT tetapi semangat yang ditunjukkan lebih hebat dari duduk bersiar-siar di tasik... renung-renungkan lah bersama...

Saturday 9 July 2011

Terkini : KJ Dah Bebas


Berita terkini :

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang mengetuai perarakan Patriot petang tadi telah pun dibebaskan dari lokap polis IPD Jinjang.

Thursday 7 July 2011

66 Individu diharam masuk KL

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa telah mengeluarkan perintah melarang 66 individu daripada berada di lima kawasan utama di ibu kota pada Sabtu, 9 Julai ini.
Majistret Mohd Azali Ibrahim berkata, kawasan-kawasan yang disebut sebagai larangan bagi 66 individu tersebut ialah Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan persekitaran Istana Negara.
Mereka yang tersenarai sebagai individu yang tidak dibenarkan berada di kelima-lima kawasan tersebut adalah seperti berikut:

Wednesday 6 July 2011

GERAKAN KOMUNIS KINI BERTAPAK DI MALAYSIA???

 Dalang dan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu ini semakin terserlah dengan sikap pro komunis apabila mereka didapati menyembunyikan senjata tajam dan bom petrol di semak belakang sebuah tokong di sini kelmarin.
Menurut polis, taktik tersebut tidak ubah seperti pejuang komunis pada zaman darurat apabila mereka sanggup menyembunyikan atau menanam barang berbahaya tersebut di lokasi tertentu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan. Dalam kejadian pukul 7.20 malam di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, polis menemui 36 botol bom petrol, 17 pemetik api, 20 bilah parang dan sejumlah bebola besi yang dipercayai dijadikan peluru.
Selain itu, sebanyak 44 helai baju-T kuning tertera tulisan Bersih, 25 ceraian kain warna kuning dan 36 ceraian kain warna merah turut dijumpai. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli ketika dia mencari rotan di situ.

Monday 4 July 2011

Kontrak Ahmad Fuad Sebagai Datuk Bandar KL Dilanjutkan Setahun Lagi

PETALING JAYA: Tan Sri Ahmad Fuad Ismail disahkan akan memikul tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk tempoh setahun lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memberitahu StarMetro bahawa kerajaan bersetuju untuk memperbaharui kontrak Ahmad Fuad selama setahun.

Pengesahan Raja Nong Chik itu akhirnya menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Ahmad Fuad yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Sunday 3 July 2011

Pheu Thai dapat majoriti mudah

BANGKOK 3 Julai – Parti Pembangkang Pheu Thai yang diterajui pemimpin de fakto perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra, memenangi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Thai dengan mendapat 255 daripada 500 kerusi Parlimen sehingga 8.00 malam ini (waktu Malaysia: 9 mlm).

Menurut kiraan Polis Diraja Thai dan Suruhanjaya Pilihan Raya, 83.69 peratus daripada undi telah dikira setakat jam 8.00.

Demokrat bekas parti memerintah mendapat 163 kerusi, Bhumjai Thai 35 kerusi, Chart Thai Pattana 21, dan Chart Thai Pattana Phea Pandin 10 kerusi.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan tujuh kerusi, Rak Thailand empat, Matubhum dua, dan Rak Santi dan Parti Demokrat Baru masing-masing satu.

Yingluck Shinawatra, bakal perdana menteri wanita pertama dari Pheu Thai berkata beliau akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin dan tidak akan mengecewakan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Perdana Menteri yang bakal berundur Abhisit Vejjajiva menyambut baik kemenangan parti Pheu Thai.

Keputusan penuh tidak rasmi pilihan raya dijangka diumumkan pada 10 malam (waktu Malaysia: 11 mlm).

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan pilihan raya itu.

— BERNAMA