Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.
Tuesday, 9 August 2011
Sunday, 7 August 2011
45 NGO Sokong JAIS, UMNO macam mana??????
SHAH ALAM: Kira-kira 45 Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Selangor (NGO) pada Isnin mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di Seksyen 13, Petaling Jaya Rabu lalu.
Menerut jurucakap kumpulan NGO Islam tersebut, Dr Dzulkhaini Husin berkata mendakwa pihaknya mempunyai cukup bukti bahawa pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai asas.
"Kami telah memeriksa perkara ini dengan JAIS, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan JAIS semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam,"kata beliau dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam di sini pada Isnin.
KHIR TOYO DIARAH BELA DIRI...
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mendapatkan sebuah rumah banglo dan sebidang tanah di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan yang perlu dijawab oleh Mohamad Khir
UMNO BACOL!!!
Mana ahli UMNO dimana Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan. Kata beliau walaupun terdapat aduan atau wujud keadaan yang meragukan, para pegawai berkenaan sepatutnya tunggu hingga majlis pada Rabu malam itu selesai sebelum membuat pemeriksaan.
Dr Chua berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.
P/S : UMNO takut hilang UNDI bukan melayu lah tu!! jangan sampai hilang semua UNDI MELAYU sudahlah!!
Thursday, 4 August 2011
HASSAN ALI BERENTAP NGAN KHALID GAGAP!!!
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.
Dalam pada itu Abdul Khalid menegaskan, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan serta kepercayaan mereka.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.
KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGAMUK!!!
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
Monday, 1 August 2011
Pelajar UIAM Dari Guinea Ditemui Mati Dalam Bilik Asrama
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Abdullah berkata mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada 12.30 tengah hari.
Beliau berkata pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.
"Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Menurut beliau lagi, rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.
Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)



