Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday, 6 October 2011

Tuesday, 4 October 2011

125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad buat kenduri doa selamat...


KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Rabu mengumumkan membebaskan 125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad.
Serentak dengan itu juga, Kementerian Dalam Negeri turut akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan dengan serta merta.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Rang Undang-undang berkenaan bertujuan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933.

MENTERI SOUND YUSOF HASLAM!



Berita lanjut KLIK disini...

Sunday, 2 October 2011

GEMPAR! ARTIS AMBILPELINDUNGAN PAYUDARA?


JIKA kebanyakan orang mengambil pelindungan insuran pendidikan, kesihatan mahupun kereta, berbeza bagi bekas bintang Playboy, Holly Madison, dia telah mengambil insuran khas buat payudaranya.
Bagi Madison dia menganggap payudaranya yang bersaiz 36D yang diperoleh selepas melakukan pembedahan plastik sebagai satu aset terpenting dalam hidup dan kariernya.
Katanya dia memutuskan untuk mengambil perlindungan itu kerana jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Madison sehinggakan dia tidak boleh beraksi erotik di Peepshow, Las Vegas, sekurang-kurangnya dia ada wang yang boleh menampung kehidupannya.
"Saya pernah mendengar ada orang yang mengambil perlindungan insuran bagi beberapa bahagian tubuhnya.
"Jadi saya berfikir, mengapa tidak untuk saya turut berbuat demikian, Ini kera jika sesuatu yang terjadi pada payudara saya, semestinya saya akan kehilangan beberapa juta dolar.
"Bagaimanapun, diakui saya terasa aneh ketika meminta perlindungan tersebut kepada agen insuran saya. Terasa lucu pun ada kerana saya telah memberi penghormatan yang besar kepada aset saya ini," katanya yang pernah menjalinkan hubungan dengan pengasa Playboy, Hugh Hefner.
Difahamkan, nilai insuran yang diambil oleh Madison telah mencapai lebih daripada RM3 juta.