Datuk Alias AhmadLEBIH sejuta jawatan kosong yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Program 6P kini menjadi tanda tanya, sama ada ia akan terlebih dahulu diambil oleh rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses pemutihan yang membabitkan lima sektor iaitu perkilangan, pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.
Namun persoalannya, berapa ramai rakyat tempatan yang akan berminat dengan tawaran kerajaan sebelum Program 6P memberikan peluang itu kepada Pati.
“Ini kerana lebih sejuta kekosongan jawatan akan ditawarkan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan sebelum bakinya diisi oleh Pati.