Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday, 15 September 2013

Chin Peng Main Wayang Lagi


Chin Peng
PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin.
Dia berusia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.
Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.
Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.
Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.
Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.
Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.
Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.
Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia
Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.
Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.
Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

Thursday, 20 September 2012

PEMUDA UMNO DAN PEMUDA PAS BODOH..


Kepada Pemuda Umno dan Pemuda Pas anda memang bodoh. Kenapa nak buat tempat yg berlainan? Apa lah salah klu bersama walaupun sekejap. Ini menunjukkan kita tidak Ikhlas untuk mempertahankan agama. Cuba lah kita Bersatu walaupun 1 minit untuk menunjukkan Kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. Klu kita sesama Islam pun tidak bole bersatu demi agama jangan salahkan orang lain jika tidak menghormati agama kita. Takut Kesesakan lah. Bodoh Punya Alasan. Pemuda Umno Dan Pemuda Pas lu orang memang bodoh dan Bacol!!!

Thursday, 3 May 2012

GEMPAR PEMIMPIN PKR LETAK JAWATAN



PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi panas bersama seorang wanita yang didedahkan, baru-baru ini.
Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Azmin sepatutnya berbuat demikian supaya rakyat benar-benar yakin 100 peratus bahawa individu terbabit bukan dirinya.
"Tetapi jika Azmin hanya membuat kenyataan akhbar menafikannya, orang susah nak percaya," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.
Malah, Syed Ali turut menggesa ahli Parlimen Gombak itu supaya membuat laporan polis dan menyaman pemilik blog yang menyebarkan beberapa keping gambar aksi seks yang didakwa miripnya.
Pada Selasa, Azmin menafikan dakwaan seks membabitkan dirinya dan menyifatkan ia sebagai fitnah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Azmin berkata, dakwaan itu berunsurkan fitnah dan mengecam sekeras-kerasnya tohmahan ke atas dirinya yang bertujuan untuk mengaibkan beliau serta keluarga.
Sementara itu, Syed Ali berkata, Azmin perlu memberikan penjelasan dan butiran lengkap bagi mengukuhkan penafiannya dengan alasan munasabah.
"Namun, isteri beliau mungkin boleh memberi jawapan tepat kerana sebagai isteri sudah tentu lebih mengenali suaminya daripada pelbagai sudut.
"Mudah-mudahan Azmin juga sanggup bersumpah bahawa lelaki tersebut bukan dirinya jika beliau benar-benar mematuhi ajaran Islam," katanya