Tuesday, 31 May 2011
Berita Baik Untuk Pakatan Rakyat...
Sudah ada desas desus bahawa peniaga di seluruh Negara bersiap sedia untuk kenaikkan harga barang keperluan dari hari Isnin, bila kadar tarif elektrik TNB naik. Cakap apa pun, Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional tidak dapat menghalang peniaga dari menaikkan harga barang, kerana mereka dengan tentunya akan merasai kenaikkan kos dari tarif Elektrik. Yang tentu, keuntungan Tenaga Nasional Berhad akan lebih suku ke-2 tahun 2011. renung-renungkan lah
Saturday, 28 May 2011
RAMAI PELACUR DI BUKIT TINGGI KLANG!!!!
Baru balik dari pusing-pusing dibandar Klang. alangkah terkejut melihat kepesatan pembangunan di bukit tinggi klang. bukan pembangunan apa pun cuma ialah Pembangunan yang paling ketara adalah hotel-hotel budget..perhhhh...hampir setiap blok kedai baru di bukit tinggi klang mempunyai hotel budget..yang menjadi persoalannya untuk apakah hotel budget yang begitu banyak? adakan kerana kerajaan negeri selangor menyokong industri pelancongan kearah bidang perhotelan sahaja? banyak ke tempat pelancongan di daerah klang khususnya di bukit tinggi klang?? adakah semata-mata hendak shopping di jusco bukit tinggi, pelancong tidur semalam di budget hotel??? musykil aku..semenjak DAPing berkuasa di bandar-bandar di selangor banyak pulak hotel2 budget..UMNO Selangor buat apa?? xakan biarkan je?? dah lah rumah urut semakin banyak.. nampak sangat korang ni xnak rampas balik selangor! mcm2 isu yang UMNO Selangor xendahkan..nak cakap bodoh tapi semua pandai2...renung-renungkan lah bersama...
Thursday, 26 May 2011
Bagaimana orang Islam boleh termakan babi.
Untuk makluman semua.
MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS
MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS
Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.
Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .
Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .
Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.
2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA
3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.
Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia .Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.
Wednesday, 25 May 2011
Nazri dan Wee Ka siong bersilat.....!!!!
Dakwaan bahawa berlaku salah guna kuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peruntukan tempat dan biasiswa ke universiti adalah tidak berasas.
Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pemberian biasiswa dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh mereka yang profesional.
“Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.
“Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa wujud salah guna kuasa di JPA berhubung perkara itu.
Ka Siong mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ gagal mendapat biasiswa meskipun Perdana Menteri tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas mendapat biasiswa JPA.
Mohamed Nazri menambah, sebagai seorang timbalan menteri, Ka Siong sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu secara terus dengan beliau dan bukannya membuat kenyataan menerusi media.
Malah, katanya, Ka Siong juga sepatutnya membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana mereka mempunyai wakil dalam Kabinet.
“Tindakan beliau mengkritik dari luar menimbulkan persoalan adakah beliau membangkitkan isu ini kerana keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar atau kerana kepentingan politik?” soal beliau.
TERIMA KASIH KERAJAAN!!!!
PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.
Tuesday, 24 May 2011
Kasihanilah Rakyat..Tolonglah...
Riuh betul rakyat Malaysia bila harga gula naik RM0.20 tempoh hari. Yalah… duaposen tu bukan kecik kan. Ia mampu menaikkan macam-macam benda dalam sekelip mata. Nanti Nescafe panas pun naik la duaposen juga..Alahai..kesiannya rakyat! Gaji mau naik duaposen pun payah!Tapi, mengatur negara ni bukan senang. Itu adalah hakikat sebenar. Hanya mereka yang hebat dapat melakukannya. Tapi, tolonglah jangan naik benda-benda lain lagi. Kalau mau bagi naik pun, biarlah gaji saja yang naik…
Monday, 23 May 2011
BABI LAGI!!! ADUH SEMUA HARAM!!
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:
1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
2) mengemukakan resit pembelian produk baru;
3) melakukan proses samak; dan
4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN
1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
2) mengemukakan resit pembelian produk baru;
3) melakukan proses samak; dan
4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)




