Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday, 26 February 2012

PAS KEDAH AKAN JAHANAM BILA-BILA MASA..


KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengakui pimpinan tertinggi parti itu perlu mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berikut kemelut dua exconya enggan dilantik semula kerana tidak berpuas hati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengakui bahawa konflik berkenaan membabitkan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Ismail Salleh yang telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumumkan pada Selasa.
Justeru PAS Pusat akan menghantar Naib Presidennya, Salahuddin Ayub sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut tersebut.
"Kepimpinan PAS sedang memberi perhatian penuh terhadap isu berhubung pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah.
"Kami fikirkan bahawa PAS Pusat perlu main peranan dalam isu ini, jadi YB (Yang Berhormat) Salahuddin Ayub akan turun ke Kedah esok (Selasa) bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan exco-excoberkenaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

ANWAR KECUT PERUT..

KOTA SAMARAHAN: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.
Dr Mahathir berkata hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir "A Doctor In The House" namun atas sebab tertentu kerajaan melarang beliau daripada berbuat demikian.

Sunday, 19 February 2012

Video Bogel: Melia Aimiellia


file627dgj4t0yukhexjikf.jpg

PETALING JAYA: Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.
Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.
“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?