Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday, 13 May 2011

Anwar sanggup peralatkan Islam



Dua bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sikap bekas majikan mereka yang sudah jauh berubah sebagai bukti beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan Islam demi kuasa.
Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar pada hakikatnya terlalu kemaruk untuk memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup menjual agama semata-mata untuk mencapai cita-citanya itu.
“Jika dahulu Anwar mendukung perjuangan Islam, tetapi sekarang Anwar lebih rela menjual agama dan bangsa kepada DAP asalkan dapat berkuasa.

“Soal moral dan akhlak, saya berpendapat Anwar sememangnya seorang yang rosak akhlak sejak dahulu cuma pada masa itu rakyat belum tahu lagi siapa Anwar sebenarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Anwar sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika awal perjuangan dahulu.
Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit, Anuar Shaari pula berkata, Anwar yang dahulunya dilihat sebagai seorang pejuang Islam kini berubah menjadi seorang pemimpin berfahaman liberal dan tujuannya adalah untuk meraih sokongan.
Beliau berkata, apa yang jelas sejak berimejkan pemimpin berfahaman liberal, Anwar sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan ia dapat menjayakan perjuangan politik peribadinya.
“Ketika perjuangan beliau bertunjangkan Islam, beliau lebih Islam daripada mana-mana umat Islam. Kini Anwar menjadi lebih liberal serta sanggup menggadaikan apa sahaja demi memenuhi sebuah cita-cita politik,” ujarnya.
Presiden Gagasan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, Anwar menunjukkan sikap sebenarnya sejak tiga tahun kebelakangan ini.
“Sejak timbul pelbagai isu, jelas yang Anwar telah rosak akhlaknya. Impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri juga turut terjejas. Beliau berjaya memperkudakan Pas tetapi menjadi boneka DAP,” katanya.

No comments:

Post a Comment