Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Wednesday, 18 May 2011

Melayu bodoh hisap dadah, bangsa lain ambil kesempatan....

Seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu kesal dan hairan mengapa kes dadah di negara ini banyak melibatkan golongan remaja Melayu.
Sedangkan menurut Datuk Abd Rahim Uda, golongan tersebut sejak kecil telah diasuh bahawa dadah hukumnya adalah haram di sisi Islam.

"Dalam Islam, semua kata haram. Tok guru, tidak kira orang politik atau bukan politik kata dadah itu haram. Tidak ada yang kata dadah itu makruh," katanya.
Selain itu, Abd Rahim juga berkata, gejala dadah berlaku disebabkan masyarakat Islam tidak mahu menghayati erti Islam yang sebenarnya, walhal menuntut ilmu merupakan perkara yang diberikan penekanan.
"Kita sembahyang, puasa sampai pecah-pecah bibir. Tapi hairan, apabila buka puasa, kita hisap ganja dahulu.
"Dalam Islam dadah haram kerana ia diumpamakan seperti membunuh diri. Kalau bunuh diri, tidak akan mencium bau syurga," tambah Abd Rahim.
Justeru itu, Abd Rahim menasihatkan seorang bekas pekebun, Fazizol Mohd Razali, 26, untuk memulakan kehidupan baru selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula daripada tarikh ditangkap dan sebatan 10 kali.
"Doa kami semua agar kamu insaf dan bertaubat nasuha. Rancang semula lembaran kehidupan kamu mengikut undang-undang Allah dan tidak mengikut nafsu semata-mata. InsyaAllah kamu akan selamat dunia dan akhirat," katanya.
Fazizol terdahulu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki 216 gram ganja, pada pukul 10.45 malam, 21 Februari 2009 di kawasan tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Klang, dekat sini.
Dadah tersebut ditemui di dalam bungkusan kain hitam pada raga motosikal jenis Yamaha nombor pendaftaran BJU 4840 yang dinaiki oleh tertuduh dan Mohd Zuhaili.
Atas pengakuan tersebut, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi memohon agar rakan Fazizol, Mohd Zuhaili Husen, 30, dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Abd Rahim membenarkan permohonan tersebut.
Suasana hiba dirasai apabila Fazizol dan Mohd Zuhaili saling berpelukan dan berpesan supaya masing-masing menjaga diri.
Fazizol juga sempat menitipkan pesanan kepada sahabat baiknya itu supaya menjenguk keluarganya sepanjang dia berada di penjara.
Pada prosiding itu, Fazizol menerusi peguam Azizul Shariman Mat Yusoff merayu agar hukuman terhadapnya diringankan kerana pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah.
Mohd Zuhaili diwakili oleh peguam Suzanawati Ismail.

No comments:

Post a Comment