Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday, 2 June 2011

Tony bida beli West Ham


USAHAWAN penerbangan Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes mengesahkan dia mengemukakan bidaan untuk membeli kelab bola sepak yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham.
“Untuk semua peminat West Ham, satu tawaran dikemukakan kepada pemilik kelab. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka menerimanya,” kata pemilik syarikat penerbangan AirAsia dan pemilik pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus itu dalam laman Twitternya.
Fernandes membuat pengumumannya pada hari sama pemilik kelab itu, David Sullivan dan David Gold, memperkenalkan Sam Allardyce sebagai pengurus baru Hammers selepas Avram Grant dipecat tidak sampai sejam selepas kelab itu terhumban ke Liga Kejuaraan musim depan.
Sebagai seorang yang sudah lama meminati kelab timur London itu, Fernandes pernah menyuarakan minat untuk membeli pegangan saham dalam West Ham November lalu tetapi gagal mencapai persetujuan dengan pengerusi kelab, Andrew Bernhardt di Kuala Lumpur.
Namun rundingan terus berjalan hingga Januari apabila bekas pemilik Birmingham City, Sullivan dan Gold melengkapkan pembelian mereka dan mengambil alih kelab Upton Park itu.
Ketika itu, Fernandes lega kerana usahanya membeli kelab itu gagal tetapi dia tetap memberi isyarat berminat untuk membeli buat kali kedua.
“Ya, (ketika itu) kerana saya sibuk sepenuhnya dengan hal Lotus. Itu sudah stabil sekarang.” 
Dengan West Ham terkeluar daripada EPL yang mewah, Fernandes mungkin merasakan dia boleh membeli kelab itu pada harga jauh lebih murah.
Tetapi dia berkata: “Tiada lagi kenyataan mengenai West Ham... kalau sesuatu berlaku, ia berlaku. Kalau senyap, senyaplah.” – AFP 

No comments:

Post a Comment