Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 29 January 2012

Ada Ahli UMNO cuba melobi jadi calon

BACHOK: Badan Perhubungan Umno Kelantan memberi amaran mana-mana anggota Umno yang melobi untuk menjadi calon pilihan raya di Kelantan sehingga memecah belahkan parti boleh diambil tindakan Jawatankuasa Disiplin Parti yang digerakkan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata mereka yang sedang rancak melobi di peringkat cawangan mestilah berhati-hati jangan sampai merosakkan perpaduan sesama sendiri

Thursday 26 January 2012

Keputusan SPM Dijangka 22 Mac

PETALING JAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka akan diumumkan pada 22 mac ini.
"Tarikh berkenaan ada dalam kalendar pengurusan kementerian, namun Majlis Peperiksaan Malaysia akan putuskan tarikh rasminya nanti," kata pegawai Kementerian Pelajaran di sini, Khamis.
Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara antara 14 November hingga 14 Disember tahun lalu.

UMNO WUJUD DARI ZAMAN NABI?


p/s : Bengap nak mampus punya budak! memang sah ko ko bebal dan jahil.

Wednesday 25 January 2012

Nasib Ling Liong Sik Diketahui Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik akan mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi Jumaat ini sama ada perlu membela diri atau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Permasalahan dalam projek PKFZ turut melibatkan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O.C. Phang dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy.
Phang didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta manakala Chang didakwa menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melibatkan RM1.9 bilion.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Tuesday 17 January 2012

AZWAN ALI DI TAHAN POLIS...


KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

DR. RANI KECEWA DGN KHALID GAGAP....

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru

SHAH ALAM: Teka-teki mengenai siapa pengganti Dr Hasan Mohamed Aliterjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, DrAhmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Pelantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini iaitu ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.
Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MKNS) disempurnakan dihadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di IstanaBukit Kayangan kira-kira pukul 10.15 pagi di sini, Rabu.
Sebelum ini Dr Ahmad Yunus merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan iaitu portfolio yang dipegang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dr Ahmad Yunus yang juga Yang Dipertua PAS Sijangkang berkelulusan Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Malaya.
Pelantikan Dr Ahmad Yunus dibuat bagi menggantikan Hasan sebaik ADUN Gombak Setia itu dipecat keahliannya daripada PAS pada 8 Januari lalu.

Monday 16 January 2012

GEMPAR !! VIDEO REMAJA RABA PAYU DARA WANITA...

Lagi Penyelewengan Salah Guna Dana NFC Didedahkan

PETALING JAYA: Belumpun reda isu skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sekali lagi didakwa menyalahgunakan dana NFC.
Kali ini, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mendakwa keluarga Shahrizat membelanjakan RM593,500 menerusi kad kredit yang dibiayai sepenuhnya melalui dana NFC pada 2009.
Menurut Rafizi, empat ahli keluarga Shahrizat yang memenang jawatan dalam pengurusan NFc membelanjakan sekitar RM122,402 hingga RM182,525 dalam tempoh setahun.
Individu terbabit adalah suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga lagi anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Izzana Fatimah dan Wan Shahinur Izmir.
Jelas beliau, pendedahan sebegini akan diteruskan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyelewangan yang berlaku dalam NFC.
"Sehubungan itu, satu laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Shahrizat akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 2 petang, esok," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Rafizi berkata, laporan polis itu akan dibuat oleh aktivis PKR, Fariz Musa.
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perbelanjaan tersebut

Sunday 15 January 2012

HASSAN ALI SERTAI UMNO?

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyertai Umno sebaliknya selesa dengan statusnya kini dalam misi meneruskan agenda mendaulatkan Islam.
Malah jelas Hasan, beliau masih sayangkan PAS walaupun parti itu mengambil keputusan drastik memecatnya daripada parti itu baru-baru ini.
"Masuk Umno? Not at all (tidak sama sekali).
"Hati besar, hati kecil (saya) bersama dengan PAS. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan kita...bila parasit-parasit ini tidak ada dan bila PAS balik kepada pengkalan asalnya, Hasan Ali akan mengisi borang baru menyertai PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Isnin

Thursday 12 January 2012

SHAHRIZAT KECEWA...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai Jumaat ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Shahrizat berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.
Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Wednesday 11 January 2012

Kereta MyVi Terbang Atas Van



Orang ramai melihat kereta yang terbabas ke atas sebuah van di Jalan Long Yunus Kota Baru, Rabu

Monday 9 January 2012

Saiful Terima Keputusan Mahkamah Tapi...

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, MohdSaiful Bukhari Azlan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kesliwat yang dibuatnya tiga tahun lalu.
Bagaimanapun Mohd Saiful berkata, beliau yakin kebenaran berhubung dakwaannya itu akan tiba.
"Tidak di dunia, namun di (Padang) Masyar (akhirat) pasti.
"(Saya) redha dengan ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dansabar," katanya yang dipetik menerusi twitter miliknya.
Mahkamah pada Isnin membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun dahulu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.

Sunday 8 January 2012

ANWAR BAKAL PM...


KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.
Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.
"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Friday 6 January 2012

HASSAN ALI KENA BANTAI LAGI...


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak rakan sekutu mereka iaitu PAS bertanggungjawab terhadap kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.
Sambil menyifatkan kenyataan Hasan sebagai celupar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menuntut agar PAS meneliti tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor itu yang dilabel sebagai melampau dan keterlaluan.
"Beliau telah melanggar prinsip dan semangat Pakatan Rakyat. Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya membuat kenyataan terbuka seperti itu yang tidak berasas sama sekali.

Tuesday 3 January 2012

ANWAR YAKIN DIBEBASKAN...


PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas berhubung apa juga keputusan yang akan dibuat mahkamah terhadap kes tuduhan liwat yang dihadapinya.
Anwar mengingatkan bahawa sebarang kemungkinan atau kesan tersebut bukan sesuatu yang peribadi.
"Ini kerana (dalam) Pakatan Rakyat, kita pimpin dan putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan. Kita cukup bersedia," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.
Anwar berkata, beliau tidak memikirkan Pakatan Rakyat akan hilang selepas keputusan terhadap kes itu.
"Saya sendiri tidak menolak apa juga kemungkinan dan risiko bukan sahaja tentang soal dipenjarakan tetapi juga kemalangan atau macam-macam boleh berlaku.