Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Wednesday 28 September 2011

BAGUS NAJIB SEMUA KO HAPUSKAN!!!!

KUALA LUMPUR, 28 Sept 2011 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau," kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 di sini.

Beliau berkata kuota hanya menghindari keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka. Najib khuatir "sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan."

Friday 23 September 2011

DAP BABI...


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memburuk-burukkan Johor di luar negara disifatkan sebagai tidak bermoral dan tidak beretika.
Ketua Pemuda Barisan Nasional Johor Baharu Khalid Mohamad berkata bertentangan dengan dakwaan Lim, keadaan di Johor adalah selamat untuk pelabur dari luar dan dalam negara.
"Kita mahu menjemput Lim Guan Eng datang ke Johor dan melihat sama ada beliau akan diculik atau tidak ketika di sini," katanya pada akhbar akhbar bersama-sama pemimpin Pemuda BN Johor Baharu yang lain di sini Jumaat.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, perlu tampil meminta maaf kepada seluruh penduduk Johor berhubung kenyataannya itu, kata Khalid yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu bagi mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam akhbar hari ini tentang tindakan Lim memburuk-burukkan Johor ketika berada di luar negara.
Menurut Mustapa, beliau dimaklumkan Lim telah memburukkan Johor dengan mengatakan sesiapa yang pergi ke Johor berkemungkinan akan "diculik".
Khalid berkata Lim tidak seharusnya menjadikan Johor sebagai "kambing hitam" dalam percaturan politik sempitnya.
"Kepercayaan pelabur dalam dan luar negara terhadap Johor sebagai destinasi pelaburan selamat sejak sekian lama merupakan bukti jelas bahawa apa yang diperkatakan oleh Lim adalah tidak benar," katanya. - BERNAMA

PEGI MAMPUS SAMA MCA!!!

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.


Friday 2 September 2011

MAT SABU DITAHAN ISA???


PEKAN: Dua laporan polis dilakukan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini bagi membantah kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Laporan polis itu dilakukan anggota Umno Bahagian Pekan dan pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai Timbalan Ketua Umno Bahagian Datuk Ishak Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
Satu lagi laporan dilakukan Umno Bahagian Kuala Krauyang diketuai Ketua Umno Bahagian Datuk Ismail Mohamed Said di Balai Polis Kuala Krau.
Sebelum itu, kira-kira 200 anggota Umno bahagian Pekan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan perhimpunan di Bangunan Umno di sini bagi membantah kenyataan Mohamad Sabu itu.