Friday, 30 March 2012
Wednesday, 28 March 2012
LAGI MAKSIAT DI PULAU PINANG !!!
GEORGE TOWN: Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di sini, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi tumpuan kaki judi setiap malam.
Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram.
Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan telah dilakukan sejak tiga hari lepas.
Sehubungan itu kira-kira 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita.
Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, DSP Tan Tin Heng berkata premis tersebut turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta.
Beliau ketika dalam serbuan yang berakhir awal pagi tadi, kesemua yang ditahan itu yang berumur lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Katanya pihaknya juga terpaksa berdepan dengan ancaman tonto malah kawasan itu dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap persimpangan masuk.
"Kita berjaya merampas wang tunai sebanyak RM45,000 dan pelbagai cip yang bernilai RM65,000 dalam serbuan berkenaan. "Setiap pertaruhan boleh mencecahi RM250,000 malah ada antara mereka yang sanggup mengadaikan barang yang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut.
Tan berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali
Monday, 19 March 2012
KARPAL KENA KENA MAKI !
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh ditegur kerana membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu di khalayak ramai. "Jika dia tidak suka, dia patutnya bangkitkan dalam perjumpaan parti. Apapun, dia adalah pengerusi parti," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai
Tan, yang juga Naib Pengerusi DAP ditanya berhubung komen Karpal yang dilaporkan mencabar jawatankuasa disiplin parti yang memutuskan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P.Ramasamy tidak melanggar disiplin parti selepas mendalangi satu protes Disember lalu.
Karpal dilaporkan berkata bahawa empat anggota jawatankuasa yang diketuai Tan tidak layak untuk menyiasat Ramasamy dan prosiding itu patut dibatalkan sejak awal lagi.
"Dia (Karpal) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya tidak fikir ada sebarang asas untuk menyatakan bahawa keputusan jawatankuasa disiplin itu berat sebelah. Kita telah menjalankan siasatan yang ketat dan mendapat testimoni daripada pelbagai anggota yang mengambil bahagian dalam protes yang mana terbukti tidak benar," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)