Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday 3 May 2012

GEMPAR PEMIMPIN PKR LETAK JAWATAN



PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi panas bersama seorang wanita yang didedahkan, baru-baru ini.
Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Azmin sepatutnya berbuat demikian supaya rakyat benar-benar yakin 100 peratus bahawa individu terbabit bukan dirinya.
"Tetapi jika Azmin hanya membuat kenyataan akhbar menafikannya, orang susah nak percaya," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.
Malah, Syed Ali turut menggesa ahli Parlimen Gombak itu supaya membuat laporan polis dan menyaman pemilik blog yang menyebarkan beberapa keping gambar aksi seks yang didakwa miripnya.
Pada Selasa, Azmin menafikan dakwaan seks membabitkan dirinya dan menyifatkan ia sebagai fitnah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Azmin berkata, dakwaan itu berunsurkan fitnah dan mengecam sekeras-kerasnya tohmahan ke atas dirinya yang bertujuan untuk mengaibkan beliau serta keluarga.
Sementara itu, Syed Ali berkata, Azmin perlu memberikan penjelasan dan butiran lengkap bagi mengukuhkan penafiannya dengan alasan munasabah.
"Namun, isteri beliau mungkin boleh memberi jawapan tepat kerana sebagai isteri sudah tentu lebih mengenali suaminya daripada pelbagai sudut.
"Mudah-mudahan Azmin juga sanggup bersumpah bahawa lelaki tersebut bukan dirinya jika beliau benar-benar mematuhi ajaran Islam," katanya