Khairy Jamaluddin. - Foto Instagram milik Khairy.
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.
Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.
"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.
"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.
Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Storiescetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.