Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 26 February 2012

PAS KEDAH AKAN JAHANAM BILA-BILA MASA..


KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengakui pimpinan tertinggi parti itu perlu mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berikut kemelut dua exconya enggan dilantik semula kerana tidak berpuas hati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengakui bahawa konflik berkenaan membabitkan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Ismail Salleh yang telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumumkan pada Selasa.
Justeru PAS Pusat akan menghantar Naib Presidennya, Salahuddin Ayub sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut tersebut.
"Kepimpinan PAS sedang memberi perhatian penuh terhadap isu berhubung pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah.
"Kami fikirkan bahawa PAS Pusat perlu main peranan dalam isu ini, jadi YB (Yang Berhormat) Salahuddin Ayub akan turun ke Kedah esok (Selasa) bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan exco-excoberkenaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

No comments:

Post a Comment