Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 15 May 2011

Nik Aziz Akui Gagal!!!

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaannya tidak mampu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan miskin di negeri itu disebabkan permintaan yang cukup tinggi.

Mursyidul Am PAS itu berkata kerajaan negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik.
Bagaimanapun, keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek rumah awam kos rendah Wadi Iman yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di Kok Lanas, dekat sini, Ahad.
Nik Abdul Aziz berkata Kelantan memerlukan 6,364 unit rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Baharu.
"Kita percaya masih banyak lagi rumah awam kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini, walaupun dalam kerajaan tidak berkemampuan menyediakan kemudahan itu kerana masalah peruntukan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha memenuhi keperluan itu dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan swasta bagi melaksanakan projek sedemikian di seluruh negeri.
Pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Anizam Abd Rahman berkata kerajaannegeri akan memastikan setiap projek perumahan yang dilaksanakan tidak terbengkalai.
"Ini perlu bagi mastikan matlamat dasar dan konsep kerajaan negeri iaitu satu rumah satu keluarga tercapai," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment