Wednesday, 18 May 2011

PKR diharamkan!!! Doa Rakyat Termakbul!!!!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.


“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.
Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.
“Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya,” katanya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.
PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).
Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.

No comments:

Post a Comment