Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday 5 May 2011

Rafifzi Pembuat buku jinggay Mahu terlanjang Anwar!!!!

wakakakak..Rafizi mencabar Datuk Eskay utk mendedahkan salah laku yang dilakukan Anwar..wakakak..ko nak Anwar terlanjang bogel lagi ke woi!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya mendedahkan segera dakwaan salah laku membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau mempunyai bukti kukuh.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Shazryl Eskay tidak perlu menunggu sehingga polis mendedahkan pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar sekiranya benar beliau mengetahui mengenai konspirasi yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.
"Kalau betul dia ada lagi pendedahan lain, kenapa nak tunggu lepas polis dedahkan identiti pelaku video seks itu?
"Dedahkan sekarang kalau Datuk Shazryl Eskay ada bukti untuk kaitkan Datuk Seri Anwar. Saya juga mahu mengetahui kebenaran kerana saya bukan orang yang menyokong dengan membuta tuli," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Mohd Rafizi berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Shazryl Eskay bahawa beliau akan mendedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar yang dikatakan mempunyai impak lebih besar kepada negara, berbanding kesan video seks tersebut.
Bagaimanapun Mohd Rafizi berkata, pihaknya menyifatkan dakwaan Shazryl Eskay itu sebagai mainan politik yang bertujuan mengalihkan tumpuan PKR dan Pakatan Rakyat meneruskan agenda perubahan demi kepentingan rakyat.
Menurutnya, sehingga sekarang rakyat sudah dapat mengenali siapa sebenarnya Shazryl Eskay selepas beliau mempertontonkan rakaman video seks kepada wartawan kanan bulan lalu.
"Kita tidak akan termakan umpan yang cuba digunakan oleh Datuk Shazryl Eskay, beliau mahu alihkan tumpuan kita untuk membawa perubahan untuk rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment