Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 7 August 2011

45 NGO Sokong JAIS, UMNO macam mana??????

SHAH ALAM: Kira-kira 45 Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Selangor (NGO) pada Isnin mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di Seksyen 13, Petaling Jaya Rabu lalu.
Menerut jurucakap kumpulan NGO Islam tersebut, Dr Dzulkhaini Husin berkata mendakwa pihaknya mempunyai cukup bukti bahawa pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai asas.
"Kami telah memeriksa perkara ini dengan JAIS, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan JAIS semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam,"kata beliau dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam di sini pada Isnin.

Beliau yang juga, Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang 'apologetik' dan tidak mempertahankan JAIS dalam isu ini.
"Kami minta kerajaan negeri Selangor tidak bertindak luar dari bidang kuasanya.
"Menteri Besar (MB) seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan MB tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan," katanya.
Beliau mendakwa,kerajaan negeri Selangor telah bertindak di luar bidang kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam.
"MB seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan beliau juga tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan.
"Seharusnya, MB tidak membelakangkan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS dalam melaksanakan tanggungjawan mereka untuk mempertahankan kesucian agama Islam semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.
Justeru, Dzulkhaini berkata Abdul Khalid tidak wajar menanamkan bibit-bibit kesangsian antara kaum dan tidak memberi ruang sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak untuk memberikan kenyataan yang mengelirukan.
Terdahulu, kumpulan NGO Islam itu turut menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah meminta baginda campur tangan dalam isu tersebut.
Memorandum lima muka surat itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan, kira-kira pada pukul 10.40 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment