Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday, 19 August 2011

PENGURUSAN M.A.S BEBAL!!!


KUALA LUMPUR: Pendapatan AirAsia Bhd untuk separuh pertama tahun ini dijangka melonjak 4.6 peratus kepada RM442.3 juta berbanding setahun yang lepas, disokong pleh statistik operasi setakat tahun ini yang menggalakkan.
Syarikat penerbangan itu yang dijangka mengumumkan keputusan suku keduanya minggu depan, menyaksikan kilometer tempat duduk sedia adanya (ASK) untuk separuh pertama 2011 meningkat 7.9 peratus tahun-atas-tahun (yoy) kepada 12.810 bilion.
Untuk pendapatan kilometer penumpang (RPK) pula, ia menambah 23.2 peratus tahun-atas-tahun kepada 10.358 bilion.
"Untuk suku kedua, kami menjangkakan pendapatan mencecah RM270.4 juta, lonjakan 35.9 peratus tahun-atas-tahun," kata MIDF Research dalam laporannya hari ini.
Jumlah penumpang yang dibawa dalam suku kedua menambah 14.9 peratus tahun-atas-tahun kepada 4.5 juta sementara faktor muatan tempat duduk naik empat mata peratusan kepada 81 peratus dengan kenaikan 9.1 peratus tahun-atas-tahun dalam kapasiti tempat duduk kepada 5.5 juta.
"Juga, kami menjangkakan yang AirAsia akan memperlihatkan prestasi baik dalam separuh kedua 2011, dan ini terbukti daripada prestasi menggalakkan yang berterusan seperti yang ditunjukkan oleh statistik operasi bulan Julainya, kata syarikat itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment