Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday 18 November 2011

KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL LAGI.

GEORGE TOWN: Sebanyak 65 peratus daripada 6,872 kes kemalangan maut yang dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas adalah membabitkan penunggang motosikal.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri Roziah Aziz berkata antara punca kemalangan maut itu adalah disebabkan sikap penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dengan betul.
Katanya, sebagai usaha memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal, JKJR menjalankan pelbagai kempen keselamatan jalan raya dengan kerjasama syarikat swasta, sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Selain itu JKJR turut mengedarkan risalah mengenai pemakaian topi keledar dengan cara yang betul kepada orang ramai, katanya selepas mengagihkan 55 buah topi keledar kepada penunggang motosikal sempena kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan dengan kerjasama Allianz General Insurance Company di sini hari ini.
Sementara itu, Pengurus Allianz General Insurance Cawangan Pulau Pinang, Collin Peter Pereira berkata syarikat itu telah menyumbang sebanyak 450 topi keledar, jaket keselamatan dan pelekat pemantul cahaya kepada penunggang motosikal di Kuala Lumpur, Alor Setar, Ipoh dan negeri ini.
Katanya, sebanyak 100 topi keledar akan diagihkan di Kuching dan Kota Kinabalu pada kempen minggu depan. 

No comments:

Post a Comment