Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday, 28 October 2011

IMPIAN ANWAR BERKECAI...

Walaupun beberapa provok tercapai namun hajat beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan berkecai.
Anwar Ibrahim akan meninggalkan anda...KLIK DISINI

Tuesday, 25 October 2011

HAKIM DITEMBAK....


ISLAMABAD 26 Okt. – Seorang hakim Pakistan cedera ditembak ketika sedang bersiar-siar di Muzaffarabad, 120 kilometer timur laut Islamabad, semalam.
Ketika kejadian, Ghulam Mustafa Mughal sedang bersiar-siar di kawasan rekreasi sebuah universiti sebelum ditembak seseorang yang dipercayai bersembunyi di dalam kawasan semak berhampiran.
“Mangsa mengalami kecederaan di perut dan dikejarkan ke hospital sejurus selepas ditembak,” kata pegawai polis Riaz Abbasi. – AFP

ORANG UMNO KENA KENCING....

PETALING JAYA: Ibu Pejabat Umno menafikan telah menghantar sekumpulan pegawai penilai yang mendakwa ditugaskan untuk membuat penilaian dan laporan berkaitan calon yang layak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu yang menawarkan diri sebagai calon untuk mewakili parti itu nanti perlu membayar sejumlah wang tertentu.
"Saya menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diarahkan untuk berbuat demikian melainkan mereka diberi tauliah khusus daripada Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) sendiri tanpa melibatkan sebarang pemberian wang daripada calon," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Selasa.

Sunday, 23 October 2011

NAJIB AKAN LETAK JAWATAN...



Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan meletakkan jawatan sebagaimana Tun Mahathir lakukan kerana faktor keadaan yang mendesak.KLIK untuk cerita selanjutnya,,,

Simoncelli Meninggal Dunia, Perlumbaan MotoGP Dibatalkan


Marco Simoncelli
SEPANG: Perlumbaan MotoGP terpaksa dibatalkan selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.
Pelumba dari pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli Telah meninggal Dunia sekali gus memaksa pihak penganjur membatalkan perlumbaan.
Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward(Monster Yamaha Tech 3) mengalami cedera di bahu dan Valentino Rossi (Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.

Friday, 21 October 2011

TENTERA UDARA MALAYSIA BAKAL BERTAMBAH MANTAP...



BRISBANE: Malaysia mungkin membuat keputusan mengenai pesawat pejuang, Boeing F/A-18E/F Super Hornet dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Naib Presiden Program Pesawat Ketenteraan Boeing F/A18 & EA-18, Michael K. Gibbons.
"Sudah tentu, masih ada tawaran untuk Malaysia," kata beliau ketika ditanyasama ada Boeing masih menjalankan usaha ke arah niaga janji dengan Malaysia untuk Super Hornets, yang mempunyai keupayaan, fleksibiliti dan prestasi yang perlu untuk memodenkan pasukan tentera udara atau laut mana-mana negara.
Suite sistem bersepadu dan rangkaian Super Hornet menyediakan saling kebolehoperasian yang dipertingkatkan dan sokongan kepada tentera darat serta keseluruhan pasukan tentera.

Wednesday, 19 October 2011

ROSMAH PAKAI BOMOH?? ADUYAI.....

Betul ke Rosmah percayakan bomoh????????? anda semua boleh fikir dan nilai
KLIK untuk cerita selanjutnya....

Khalid Ibrahim Sokong Perhimpunan Sejuta Umat


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang kakitangannya daripada mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini asalkan ia dilakukan bukan ketika waktu pejabat, kata Menteri Besar.
Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang kakitangan mereka daripada mengambil bahagian kerana ia adalah hak individu untuk terlibat dalam mana-mana organisasi bukan kerajaan yang berdaftar.

Tuesday, 18 October 2011

Dato' Sri Azalina LESBIAN?



KLIK DISINI......Hmmmm.......

6P GAGAL??


Datuk Alias Ahmad
LEBIH sejuta jawatan kosong yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Program 6P kini menjadi tanda tanya, sama ada ia akan terlebih dahulu diambil oleh rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada proses pemutihan yang membabitkan lima sektor iaitu perkilangan, pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.
Namun persoalannya, berapa ramai rakyat tempatan yang akan berminat dengan tawaran kerajaan sebelum Program 6P memberikan peluang itu kepada Pati.
“Ini kerana lebih sejuta kekosongan jawatan akan ditawarkan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan sebelum bakinya diisi oleh Pati.

Thursday, 13 October 2011

BOB LOKMAN KECIL HATI.......



KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman enggan dilabel sebagai seorang gengster Melayu hanya kerana imejnya.
Awie berkata, baginya gelaran itu tidak layak untuk dia kerana perwatakannya jauh berbeza di mana dia merupakan seorang yang suka melawak dan penyayang.
"Mungkin dari segi luaran saya nampak garang tapi sebenarnya saya seorang yang sangat penyayang tau," selorohnya ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan nyanyian iaitu Barisan Nasional (BN) 1 Youth Music di pejabat Pemuda UMNO, Menara Datuk Onn, di sini, Khamis.

Thursday, 6 October 2011

Tuesday, 4 October 2011

125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad buat kenduri doa selamat...


KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Rabu mengumumkan membebaskan 125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad.
Serentak dengan itu juga, Kementerian Dalam Negeri turut akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan dengan serta merta.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Rang Undang-undang berkenaan bertujuan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933.

MENTERI SOUND YUSOF HASLAM!



Berita lanjut KLIK disini...

Sunday, 2 October 2011

GEMPAR! ARTIS AMBILPELINDUNGAN PAYUDARA?


JIKA kebanyakan orang mengambil pelindungan insuran pendidikan, kesihatan mahupun kereta, berbeza bagi bekas bintang Playboy, Holly Madison, dia telah mengambil insuran khas buat payudaranya.
Bagi Madison dia menganggap payudaranya yang bersaiz 36D yang diperoleh selepas melakukan pembedahan plastik sebagai satu aset terpenting dalam hidup dan kariernya.
Katanya dia memutuskan untuk mengambil perlindungan itu kerana jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Madison sehinggakan dia tidak boleh beraksi erotik di Peepshow, Las Vegas, sekurang-kurangnya dia ada wang yang boleh menampung kehidupannya.
"Saya pernah mendengar ada orang yang mengambil perlindungan insuran bagi beberapa bahagian tubuhnya.
"Jadi saya berfikir, mengapa tidak untuk saya turut berbuat demikian, Ini kera jika sesuatu yang terjadi pada payudara saya, semestinya saya akan kehilangan beberapa juta dolar.
"Bagaimanapun, diakui saya terasa aneh ketika meminta perlindungan tersebut kepada agen insuran saya. Terasa lucu pun ada kerana saya telah memberi penghormatan yang besar kepada aset saya ini," katanya yang pernah menjalinkan hubungan dengan pengasa Playboy, Hugh Hefner.
Difahamkan, nilai insuran yang diambil oleh Madison telah mencapai lebih daripada RM3 juta.