Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Tuesday 4 October 2011

125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad buat kenduri doa selamat...


KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Rabu mengumumkan membebaskan 125 tahanan di bawah Perintah Kediaman Terhad.
Serentak dengan itu juga, Kementerian Dalam Negeri turut akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan dengan serta merta.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Rang Undang-undang berkenaan bertujuan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933.

Menurut Perdana Menteri, pemansuhan akta berkenaan merupakan permulaankepada proses mengotakan janji kerajaan menerusi Program TransformasiPolitik Negara yang menjadi pelengkap kepada Program TransformasiKerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedangberlangsung.
"Kerajaan mengambil keputusan memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933kerana undang-undang tersebut sudah lapuk ditelan zaman dan tidak lagirelevan dengan keadaan semasa.
"Asanya, tindakan terhadap orang yang melakukan kesalahan jenayahhendaklah diambil di bawah undang-undang sedia ada dengan mematuhiprinsip bahawa sebarang hukuman hendaklah berdasarkan sabitan olehmahkamah selepas mengambil kira segala bukti, sesuai dengan prinsipuniversal," katanya.
Selain itu Najib berkata, akta berkenaan tidak lagi sesuai digunapakaiberikutan kemajuan teknologi komunikasi yang boleh dijadikanperhubungan secara maya serta menjadi jalan alternatif kepada individuyang disekat untuk berhubung secara fizikal.
Menurut Najib lagi, Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 memperuntukan beberapa fasal antaranya bertujuan memansuhkan Akta 377 dan mengadakan peruntukan kecualian yang menyatakan bahawa pemansuhan berkenaan tidak akan menjejaskan apa-apa perintah yangdikeluarkan, dibuat atau prosiding yang diambil di bawah akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta pemansuhan ini.
"Dengan kata lain, pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 ini tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat atautindakan atau prosiding yang diambil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.
"Pemansuhan ini juga tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment