Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Friday, 21 October 2011

TENTERA UDARA MALAYSIA BAKAL BERTAMBAH MANTAP...



BRISBANE: Malaysia mungkin membuat keputusan mengenai pesawat pejuang, Boeing F/A-18E/F Super Hornet dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Naib Presiden Program Pesawat Ketenteraan Boeing F/A18 & EA-18, Michael K. Gibbons.
"Sudah tentu, masih ada tawaran untuk Malaysia," kata beliau ketika ditanyasama ada Boeing masih menjalankan usaha ke arah niaga janji dengan Malaysia untuk Super Hornets, yang mempunyai keupayaan, fleksibiliti dan prestasi yang perlu untuk memodenkan pasukan tentera udara atau laut mana-mana negara.
Suite sistem bersepadu dan rangkaian Super Hornet menyediakan saling kebolehoperasian yang dipertingkatkan dan sokongan kepada tentera darat serta keseluruhan pasukan tentera.

Walaupun Malaysia akan membuat pilihan sendiri mengenai tempoh masa itu, "kita menjangka mereka mungkin akan membuat keputusan dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya.
Boeing, pengeluar pesawat AS, telah berunding sejak 2002 mengenai niaga janji Super Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang kini mengendalikan lapan generasi terdahulu F/A-18Ds dua tempat duduk.
Bagaimanapun, adalah perkara biasa bagi negara-negara untuk mengambil masa bagi membuat keputusan dan oleh itu, adalah wajar bagi Malaysia berbuat demikian, katanya kepada Bernama semasa taklimat media mengenai penyerahan empat pesawat terakhir daripada 24 pesawat F/A-18F Super Hornets Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di pangkalan Amberley di sini.
"Ia adalah keputusan (yang melibatkan) wang yang banyak (dan) untuk mewujudkan struktur pertahanan yang dicari, dan pertahanan adalah satu keputusan yang serius, jelas negara mahu memastikan mereka mendapat yang tepat (bagi) apa yang mereka cari," kata Gibbons.
Gibbons enggan mendedahkan sama ada Boeing telah mencadangkan model Super Hornet E satu tempat duduk atau model F dua tempat duduk untuk TUDM, tetapi menyatakan bahawa 18 unit apa yang telah dinyatakan setakat ini.
Kedua-dua model itu merupakan pesawat pelbagai peranan, mampu untuk melaksanakan hampir kesemua misi dalam spektrum taktikal, termasuk keunggulan udara, serangan siang/malam dengan senjata berpandu ketepatan, pejuang pengiring, sokongan udara dekat, pertahanan musuh udara, serangan maritim, peninjau, kawalan udara dan misi kapal tangki.
Pesawat F/A-18E/F mempunyai cara menggerakkan pertempuran yang luar biasa,serangan sudut tanpa had, rintangan tinggi untuk putaran dan berlepas, serta memudahkan pengendalian dan latihan. Ini dan tambahan yang lain memastikan Super Hornet masih kekal sebagai pesawat tempur pada dekad-dekad yang akan datang.
Dengan 11 stesen senjata, Super Hornet memberikan pesawat pejuang muatan fleksibiliti yang luar biasa dengan membawa beban bercampur-campur udara ke udara dan kelengkapan udara ke bumi.
"Malaysia mempunyai semua maklumat yang perlu mengenai Super Hornet, termasuk (program) pelan hala tuju Super Hornet antarabangsa," katanya.
Dilabel sebagai Super Hornet evolusi akan datang siap menjelang 2015, ia didatangkan dengan kokpit generasi akan datang, penjejakan dan carian infra merah dalaman, sistem amaran peluru berpandu dan tangki minyak conformal.
"Kami sedang berusaha dengan General Electric bagi meningkatkan prestasi enjin, pecutan kelajuan dan pelbagai ketahanan pelbagai," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment