Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Tuesday 25 October 2011

ORANG UMNO KENA KENCING....

PETALING JAYA: Ibu Pejabat Umno menafikan telah menghantar sekumpulan pegawai penilai yang mendakwa ditugaskan untuk membuat penilaian dan laporan berkaitan calon yang layak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu yang menawarkan diri sebagai calon untuk mewakili parti itu nanti perlu membayar sejumlah wang tertentu.
"Saya menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diarahkan untuk berbuat demikian melainkan mereka diberi tauliah khusus daripada Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) sendiri tanpa melibatkan sebarang pemberian wang daripada calon," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Selasa.
Tengku Adnan mendedahkan bahawa beliau menerima aduan berhubung wujudnya pegawai yang dihantar oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat tinjauan di bahagian-bahagian Umno di seluruh negara.
Menurut beliau, menerusi aduan tersebut, pihak penilai terbabit meminta mereka yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon BN pada pilihan raya akan datang perlu membayar sejumlah wang agar nama mereka dapat diajukan terus kepada Najib.
"Hal tersebut turut berlaku melibatkan anggota bahagian Umno termasuklah dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
"Oleh yang demikian saya menasihati semua pihak agar jangan terperangkap dan diperbodohkan oleh orang-orang terbabit lantaran mahu menjadi calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Selain itu beliau turut menasihatkan ketua-ketua Umno bahagian, ahli jawatankuasa, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar tidak terlalu ghairah untuk menjadi calon sehingga sanggup diperbodohkan diri dan dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

No comments:

Post a Comment