ISLAMABAD 26 Okt. – Seorang hakim Pakistan cedera ditembak ketika sedang bersiar-siar di Muzaffarabad, 120 kilometer timur laut Islamabad, semalam.
Ketika kejadian, Ghulam Mustafa Mughal sedang bersiar-siar di kawasan rekreasi sebuah universiti sebelum ditembak seseorang yang dipercayai bersembunyi di dalam kawasan semak berhampiran.
“Mangsa mengalami kecederaan di perut dan dikejarkan ke hospital sejurus selepas ditembak,” kata pegawai polis Riaz Abbasi. – AFP
No comments:
Post a Comment