untuk lanjut KLIK................
Wednesday, 28 December 2011
PKR SELANGOR KIAN GOYANG...
Karnival Sayangi Selangor yang telahpun berlangsung bermula hari ini di I City Shah Alam mempersembahkan kepada pengunjung pelbagai aktiviti menarik bermula hari ini 28 hingga 31 Disember 2011.
Karnival ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat dimana pihak kerajaan sedang menyusun pelbagai program pembangunan dan kemasyarakatan.
Disamping itu,masyarat juga dapat beriadah bersama sama ahli keluarga masing masing kerana banyak aktiviti manarik disediakan sepanjang karnival.Matlamat karnival ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat umum.
Wednesday, 21 December 2011
LATIFF IBRAHIM KRITIKAL...
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.
Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.
"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.
"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.
Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN. Kami doakan supaya Latif Ibrahim sembuh seperti sediakala...amin....
Monday, 19 December 2011
PEMUDA UMNO BACOL!!!
Bila bendera Gambar Presiden sendiri diturunkan mana PEMUDA UMNO? apa tindakan mereka?? aku cukup terkilan lah dengan Pemuda UMNO bacol ni. Ni yang nak buat aku maki hamun PEMUDA ni.Pemuda UMNO Malaysia ada 20 exco, setiap mereka ada portfolio masing2, bila bendera Presiden diturunkan, tindakan dari exco senyap membisu, maruah dah diceroboh pun longlai macam tak ada amanah! Kalau setakat pegang jawatan duduk di pejabat, elok tak payah bertanding .. Pemuda ibarat jeneral perang bak kata KJ pada PAU yang lepas .. Benar atau retorik? korang jangan angan2 lah nak menang PRU 13 nanti. Mahasiswa pun korang xbole nak jaga. Confirm Bungkuslah. Bila dah bungkus baru tau langit tinggi ke rendah.nak harapkan menteri bersuara memang xadalah. Orang masuk rumah sendiri buat kacau tapi masih lagi bacol lagi! BODOH! Sendiri lihat dan nilai !!
MAHASISWA BUNUH DIRI...
KUALA SELANGOR - Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.
Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.
Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.
Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.
Sunday, 18 December 2011
Saturday, 17 December 2011
Seorang maut, empat cedera pesawat terhempas
JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terbakar ketika mendarat di kawasan terpencil di Wilayah Papua, hari ini, mengorbankan seorang juruterbang manakala empat penumpang dilaporkan cedera.
Nahas berlaku di Daerah Pegunungan Bintang apabila pesawat PAC-750 XL terbabas dari landasan ketika mendarat dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.
"Juruterbang pesawat rentung manakala empat penumpang cedera dengan kesan melecur. Dua daripada penumpang terbabit bagaimanapun dalam keadaan kritikal," kata Pegawai Kementerian Pengangkutan, John Rettob.
Beliau berkata, semua penumpang yang menaiki pesawat terbabit adalah warga Indonesia.
Ketika kejadian, pesawat terbabit dalam penerbangan balik ke ibu negeri Jayapura selepas menghantar barang ke kawasan perkampungan terpencil. - AFP
Nahas berlaku di Daerah Pegunungan Bintang apabila pesawat PAC-750 XL terbabas dari landasan ketika mendarat dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.
"Juruterbang pesawat rentung manakala empat penumpang cedera dengan kesan melecur. Dua daripada penumpang terbabit bagaimanapun dalam keadaan kritikal," kata Pegawai Kementerian Pengangkutan, John Rettob.
Beliau berkata, semua penumpang yang menaiki pesawat terbabit adalah warga Indonesia.
Ketika kejadian, pesawat terbabit dalam penerbangan balik ke ibu negeri Jayapura selepas menghantar barang ke kawasan perkampungan terpencil. - AFP
Friday, 16 December 2011
TENGKU SOPHIA HINA ISLAM PART 2......
Akhirnya twitter tengku sophia yang menghina islam KILIK DISINI telah tiada. Untuk makluman juga akaun twitter berkenaan menggunakan nama dan gambar orang lain. Kesian budak tu kena nanya.. Tengku Sophia yang palsu ini juga dikenal pasti berasal dari indonesia...terima kasih atas desakan rakan-rakan semua hingga tengku sophia palsu telah memadamkan akaun tersebut...
bersama menegakkan ISLAM..
JANGAN BIARKAN ISLAM DICERCA
JANGAN BIARKAN ISLAM DIHINA
ISLAM AGAMA KU
AKAN KU PERTAHAN KAN ISLAM WALAUPUN BERMANDI DARAH!!!
bersama menegakkan ISLAM..
JANGAN BIARKAN ISLAM DICERCA
JANGAN BIARKAN ISLAM DIHINA
ISLAM AGAMA KU
AKAN KU PERTAHAN KAN ISLAM WALAUPUN BERMANDI DARAH!!!
Wednesday, 14 December 2011
NURUL IZZAH LETAK JAWATAN PADA 9 JANUARY 2012
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 9 Januari depan berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menamatkan penghujahan mereka di akhir kes pembelaan.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.
Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.
AWIE BERGADUH.....
KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.
"Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.
“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.
Tuesday, 13 December 2011
Friday, 9 December 2011
AZIZ BARI LETAK JAWATAN
PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan beliau masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat Nai Canselor berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.
Susulan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sukar untuk menjelaskan statusnya di universiti tersebut kerana tiada 'hitam putih' dikeluarkan sehingga ke hari ini.
"Apa yang boleh saya katakan...saya masih lagi bersama UIAM. Namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada universiti mengenai status saya lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.
"Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan diberikan," katanya lagi.
Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Thursday, 8 December 2011
Syarikat Perancis Pun Rasuah gak...
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyiasat tuduhan rasuah yang melibatkan syarikat Perancis, Alstom yang merupakan syarikat pemimpin global dalam perkhidmatan dan peralatan penjanaan.
Menurut kenyataan SPRM, siasatan telah dijalankan namun enggan memberi butiran lanjut untuk mengelakkan berlakunya salah anggap dan spekulasi terhadap pihak yang terbabit.
"SPRM menegaskan semua tuduhan terbabit akan diteliti dengan serius dan siasatan akan dijalankan dengan adil serta tegas," katanya.
Siasatan itu dijalankan selepas media tempatan melaporkan pihak berkuasa terbabit melakukan mengunjungi pejabat syarikat jana kuasa, Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) pada minggu lalu.
Menurut laporan tersebut, SPRM bertindak demikian selepas bekas pegawai TTPC disyaki mengambil rasuah dari syarikat Alstom untuk mendapatkan kontrak pembinaan pusat jana kuasa di negara ini pada 1990-an. - AFP
Wednesday, 7 December 2011
NOH OMAR UNDUR DIRI?
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan sama ada beliau akan dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) atau tidak.
Katanya beliau sendiri tidak tahu sama ada akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang yang disandangnya dalam pilihan raya umum nanti.
"Tak tahu... semua tak tahu... itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceramah sambi Makan Tengah Hari anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia di Petaling Jaya hari ini.
Majlis itu disertai ketua-ketua pegawai eksekutif daripada enam sektor utama industri syarikat Multi National Company (MNC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) peringkat negeri Selangor meliputi sektor elektronik, automotif, pengangkutan dan logistik, percetakan, makanan serta pertanian dan perladangan.
Monday, 5 December 2011
Anwar kata UMNO seksa melayu!
Pakatan berikrar akan berperang habis-habisan dalam memastikan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tumbang. Demikian antara yang dipetik melalui ucapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi persediaan menjelang PRU13.
Menurut beliau, Presiden UMNO itu telah gagal mengubah dasar UMNO yang sememangnya tidak lagi boleh diberi mandat kepada rakyat Malaysia amnya terutamanya kaum Melayu di Negara ini.
"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu? Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.
Sunday, 4 December 2011
Thursday, 1 December 2011
Rara Zikry meninggal dunia,Al-Fatihah
Al-Fatihah,semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.Kepada ahli keluarga,kenalan dan sahabat handai beliau,diharapkan semoga bersabar dan menerima pemergian beliau dengan redha.
Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali siapa Rara Zikry,mengapa kisahnya sering menjadi liputan kini,saya sediakan sedikit artikel ringkat tentang beliau :
Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.Mungkin ramai dah tahu kisah dia.Cantik dan sempurna ciptaan Allah ini.Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma,hidup beliau terus bertukar 360 darjah.Siapa dapat menyangkal kuasa Allah bila menetapkan sesuatu untuk terjadi?Bila tiba saati itu,kita tidak dapat berbuat apa-apa,tentu ada rahmatnya.Yakin dan percayalah.On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen.
Dan untuk mengetahui lebih lanjut,sila berkunjung kehttps://www.facebook.com/pages/Contribution-for-Rara-Zikrys-medical-expenses/108780165888786
KONSERT SEPARUH BOGEL DI SELANGOR..
Malam ni konsert artis antarabangsa Pitbull telah berlangsung di sunway lagoon... lagi 2 jam saya akan uploadkan gambar anak-anak melayu kita berpakaian "Bikini". Siapakah yang meluluskan konsert maksiat ini? tidakkah pemimpin PAS di Selangor terlepas pandang atau tunduk kepada DAP bangsat ini sehingga merosakkan Bangsa Melayu yang boleh dikatakan 90% yang hadir pada malam ini.. tunggu gambar sebentar lagi...
DAP ITU KOMUNIS
PAS ITU DAYUS
DAP ITU KOMUNIS
PAS ITU DAYUS
ZAHID HAMIDI BERUNDUR DARI POLITIK...
KUALA LUMPUR: Tiga Naib Presiden Umno pada Khamis, menyatakan kesediaan mereka untuk berundur sekiranya disenaraikan sebagai calon tidak boleh menang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyatakan kesanggupan itu pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar oleh Presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di sini.
Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri pertahanan berkata, presiden parti telah secara lembut dan berhemah memberitahu agar pemimpin bersedia untuk berundur jika diri bukan seorang calon boleh menang.
"Ini satu indikasi bahawa presiden tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak boleh memberi kemenangan kepada parti," katanya dan menambah pemimpin hendaklah menilai prestasi diri sendiri.
Hishammuddin pula berkata, jika melihat kepada sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berundur daripada jawatan presiden dan perdana menteri bagi memastikan kelangsungan parti terjamin.
"Jika perdana menteri sanggup melakukannya, siapalah kita yang sekadar wakil rakyat?," katanya dan menambah kesediaan untuk berundur membuktikan semangat sayang kepada parti.
Mohd Shafie Afdal pula berkata, pengunduran tersebut tidak bermaksud perkhidmatan pemimpin tersebut tidak lagi diperlukan, cuma ia tidak lagi berada di hadapan.
"Cinta kita, sayang kita dan perkhidmatan kita pada parti berterusan dan yang utama agar kuasa untuk memerintah kekal kepada Barisan Nasional," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)