Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Saturday 17 December 2011

Seorang maut, empat cedera pesawat terhempas

JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terbakar ketika mendarat di kawasan terpencil di Wilayah Papua, hari ini, mengorbankan seorang juruterbang manakala empat penumpang dilaporkan cedera. 

Nahas berlaku di Daerah Pegunungan Bintang apabila pesawat PAC-750 XL terbabas dari landasan ketika mendarat dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.


"Juruterbang pesawat rentung manakala empat penumpang cedera dengan kesan melecur. Dua daripada penumpang terbabit bagaimanapun dalam keadaan kritikal," kata Pegawai Kementerian Pengangkutan, John Rettob.
Beliau berkata, semua penumpang yang menaiki pesawat terbabit adalah warga Indonesia. 

Ketika kejadian, pesawat terbabit dalam penerbangan balik ke ibu negeri Jayapura selepas menghantar barang ke kawasan perkampungan terpencil. - AFP

No comments:

Post a Comment