Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Monday 5 December 2011

Anwar kata UMNO seksa melayu!

Pakatan berikrar akan berperang habis-habisan dalam memastikan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tumbang. Demikian antara yang dipetik melalui ucapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi persediaan menjelang PRU13.
Menurut beliau, Presiden UMNO itu telah gagal mengubah dasar UMNO yang sememangnya tidak lagi boleh diberi mandat kepada rakyat Malaysia amnya terutamanya kaum Melayu di Negara ini.
"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu? Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Beliau turut mencabar Perdana Menteri yang membuat kenyataan bakal menawan semula Kerajaan Negeri Selangor pada PRU13.
"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," katan Anwar yang hadir berucap pada Satu Perhimpunan yang dianjurkan Pakatan di sini malam tadi.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam petikan Ucapan Penggulungan bersempena Perhimpunan Agung UMNO ke 62 mengambil kesempatan menyerang kepimpinan Pakatan yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

No comments:

Post a Comment