Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday 8 December 2011

Syarikat Perancis Pun Rasuah gak...

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyiasat tuduhan rasuah yang melibatkan syarikat Perancis, Alstom yang merupakan syarikat pemimpin global dalam perkhidmatan dan peralatan penjanaan.

Menurut kenyataan SPRM, siasatan telah dijalankan namun enggan memberi butiran lanjut untuk mengelakkan berlakunya salah anggap dan spekulasi terhadap pihak yang terbabit.

"SPRM menegaskan semua tuduhan terbabit akan diteliti dengan serius dan siasatan akan dijalankan dengan adil serta tegas," katanya.

Siasatan itu dijalankan selepas media tempatan melaporkan pihak berkuasa terbabit melakukan mengunjungi pejabat syarikat jana kuasa, Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) pada minggu lalu.

Menurut laporan tersebut, SPRM bertindak demikian selepas bekas pegawai TTPC disyaki mengambil rasuah dari syarikat Alstom untuk mendapatkan kontrak pembinaan pusat jana kuasa di negara ini pada 1990-an. - AFP

No comments:

Post a Comment