Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Monday 27 June 2011

13 Mei akan berulang kembali!!!!


Dalam ketamadunan rakyat Malaysia yang semakin bijak dan rasional, masih ada segolongan rakyat yang masih mahu mengamalkan undang-undang rimba di dalam negara yang sedang membangun ini. Undang-undang rimba yang menekankan siapa yang kuat dari segi fizikal yang harus menguasai rimba. Jika berlaku perselisihan maka harus jahanamlah suasana hutan tersebut.

Disini saya ingin berkongsi secara rasional apakah kelebihan dan keburukan yang kita semua rakyat Malaysia perolehi dari demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh segolongan masyarakat yang "prihatin" dengan kemajuan negara.

KELEBIHAN
  1. Menzahirkan rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap sesuatu isu.
  2. Mengeratkan hubungan sesama penunjuk perasaan
  3. Menonjolkan kuasa segolongan pemimpin yg mengambil kesempatan
  4. Dapat baju, sepanduk, mafla dan mungkin duit kopi percuma
  5. Memberi polis kerja di hujung minggu
  6. Membantu polis untuk mencuba peralatan kelengkapan senjata mereka
  7. Menarik ramai wartawan dari luar negara buat liputan di negara kita
  8. Penunjuk perasaan dapat mengisi masa lapang hujung minggu
KEBURUKAN
  1. Menjatuhkan maruah dan kedaulatan negara.
  2. Mencabul hak demokrasi rakyat jelata
  3. Menganggu keamanan negara
  4. Menyusahkan rakyat.
  5. Banyak perniagaan terpaksa ditutup
  6. Ramai pelancong luar negara lari
  7. Menyebabkan banyak kerosakan berlaku
  8. Meningkatkan kos operasi pentadbiran pasukan keselamatan negara
  9. Membuang masa
  10. Membuang duit rakyat.

Banyak lagi kelebihan dan keburukkan yang boileh disenaraikan dari demonstrasi jalanan ini. Sama-samalah kita renungkan kerana lebih 50 tahun kita merdeka menunjukkan kematangan dan kredebiliti negara ini.

No comments:

Post a Comment