Wednesday, 1 June 2011

NASIB PKR 8 JUN INI........

KUALA LUMPUR 1 Jun — Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Jun ini untuk mendengar permohonan awal Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan ROS sebagai responden.
Jika mereka berjaya mendapatkan kebenaran itu, mahkamah akan mendengar hujahan substantif PKR berhubung kes berkenaan.
PKR juga diberi tempoh sehingga 9 Jun untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada ROS mengapa parti itu tidak boleh dibubarkan.
Salah seorang peguam PKR Fadiah Nadwa Fikri memberitahu media tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Azrul Darus dan kes itu dijadual didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

No comments:

Post a Comment