Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Sunday 19 June 2011

Polis Selangor Cari Dua Saksi Kes Bunuh

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua lelaki yang merupakan saksi bagi satu kes bunuh di Taman Kanagapuram, Petaling Jaya pada 16 Julai 2008.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata dua lelaki terbabit dikenali sebagai A. Kevin Kennedy, 33, yang alamat terakhirnya ialah Rumah Panjang Pantai Dalam, Kuala Lumpur manakala seorang lagi M. Murugan, 29, beralamat di Taman Seri Sentosa, Petaling Jaya.
"Selain itu kedua-dua penama turut dikehendaki hadir perbicaraan yang ditetapkan pada 28 Jun sehingga 30 Jun ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 6 Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini Ahad.
Beliau berkata orang ramai yang mengenali kedua-dua lelaki itu atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi ASP Nasrol Hamzah di talian 03-7966222 atau balai polis berhampiran.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment