Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday 9 June 2011

Khir Toyo Bekas MB paling Kaya !!!!!

 Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didakwa telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo di Seksyen 7, di sini yang berkonsep Bali.
Perkara tersebut didedahkan oleh pereka laman yang dilantik untuk melakukan pengubahsuaian tersebut, Nasir Ismail, 55, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.

Menurut saksi, pembayaran wang tersebut dibuat secara tunai memandangkan status dirinya sebagai seorang bankrap.
"Empat atau lima pembayaran dilakukan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni manakala Mohamad Khir menjelaskan bayaran sebanyak tujuh atau lapan kali," katanya.
Setiap pembayaran melibatkan jumlah RM500,000.
Nasir yang memberi keterangan selaku saks ketiga juga memberitahu, bayaran pertama yang diterimanya adalah sebanyak RM250,000 tunai daripada Mohamad Khir yang digunakan untuk membeli barang-barang di Bali, Indonesia.
Tambahnya, kerja pengubahsuaian selesai pada tahun 2008.
Bagaimanapun, menjawab soalan peguam M. Athimulan, saksi bersetuju bahawa terdapat kerja-kerja kecil yang masih tidak siap.
Tambah saksi, ia disebabkan pada masa itu, SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung rumah tersebut.
"Waktu itu banyak orang membuat tunjuk perasaan di depan rumah," katanya.
Selain itu, saksi juga mengakui ia disebabkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara dia dan Mohamad Khir berhubung isu bayaran.
Berhubung ketiadaan dokumen yang merekodkan pembayaran, Nasir memberitahu ia adalah di atas permintaan tuan rumah.
Namun begitu, saksi mengakui ada menandatangani perjanjian bayaran sebanyak RM600,000 bagi tujuan formal.
"Bagaimanapun, saya hanya menerima bayaran RM100,000 dalam bentuk cek," tambahnya merujuk kepada perjanjian tersebut.
Perbicaraan bersambung petang ini.

No comments:

Post a Comment