Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Monday 6 June 2011

PRU 13 Bulan Julai 2011???

PRU 13 Bulan Julai 2011?  adakah ini semua permainan pembangkang ?
baca disini...Menurut ramalan umum, PRU ke-13 boleh diadakan seawal Julai hadapan - sesuai dengan andaian berseloroh Muhyiddin itu - jika Najib dan BN sudah benar-benar bersedia. Namun, pilihan raya boleh juga ditangguhkan sehingga tahun 2012 sekiranya persiapan Umno dan ahli-ahli komponennya dalam MCA, Gerakan dan MIC belum bersedia berubah.

Ini selaras dengan pendapat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata PRU ke-13 tidak mungkin berlaku dalam waktu terdekat. Ini kerana situasi belum sesuai dan masalah dalam Umno belum benar-benar berubah. Banyak isu belum memihak Umno dan parti-parti utama dalam BN terutama MCA, Gerakan dan MIC yang masih bermasalah serta perlu proses pemulihan. 

Perlu diingat, Umno yang sudah berubah dan bersedia tidak mungkin memenangkan BN dalam PRU ke-13 jika pemimpin tertinggi dalam parti komponen utama yang mewakilli kaum bukan Melayu belum menyediakan barsian pemimpin yang boleh diterima rakyat sekaligus boleh memenangi undi kaum mereka. Semangat tsunamai politik dalam PRU ke-12 lalu di kalangan orang Cina khususnya disyakki masih belum berubah sepenuhnya walaupun Najib sudah memperkenal dan mempromosi gagasan 1Malaysianya secara agresif.

Kebanyakan kaum Cina masih yakin Pakatan - melalui DAP dan PKR - boleh menunaikan agenda besar dan tersembunyi mereka yang seringkali masih mengungkit dan menyinggung hak istimewa orang Melayu, kontrak Sosial dan semangat Perlembagaan Persekutuan. Majoriti kaum India yang berfikiran terbuka dan berpendapatn rendah dikatakan lebih realistik dan menerima gagasan Najib setelah mereka menerima banyak bantuan dan peruntukan dari kerajaan. 

Semangat untuk berubah ahli dan pemimpin Umno saja sebenarnya tidak mencukupi jika tidak disertai sama perubahan radikal sikap dan semangat ahli dan pemimpin parti utama lain dalam BN. 

Soalan juga dibangkitkan; adakah Umno sudah bersedia dalam waktu terdekat untuk memanggil PRU ke-13 sedangkan banyak faktur positif belum memihak Umno dan BN? Apakah ahli-ahli Umno khususnya ahli MCA, Gerakan dan MIC benar-benar sudah berubah dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya? Apakah Najib yakin jika PRU dilangsungkan dalam waktu terdekat, BN boleh menang besar sedangkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) belum diketahui walaupun sering digambarkan bermasalah dan tidak bersatu? 

No comments:

Post a Comment