Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Wednesday, 28 December 2011

10,000 Pemuda Negeri Sembilan Sokong chegubard!!!!!


untuk lanjut KLIK................ 

PKR SELANGOR KIAN GOYANG...

Karnival Sayangi Selangor yang telahpun berlangsung bermula hari ini di I City Shah Alam mempersembahkan kepada pengunjung pelbagai aktiviti menarik bermula hari ini 28 hingga 31 Disember 2011.

alt

Karnival ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat dimana pihak kerajaan sedang menyusun pelbagai program pembangunan dan kemasyarakatan.

alt

Disamping itu,masyarat juga dapat beriadah bersama sama ahli keluarga masing masing kerana banyak aktiviti manarik disediakan sepanjang karnival.Matlamat karnival ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat umum.

Wednesday, 21 December 2011

LATIFF IBRAHIM KRITIKAL...

Latif Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.
Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.
"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.
"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.
Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN. Kami doakan supaya Latif Ibrahim sembuh seperti sediakala...amin....

Monday, 19 December 2011

ADAM SI KURANG AJAR NAK KENA TUMBUK....

PEMUDA UMNO BACOL!!!


Bila bendera Gambar Presiden sendiri diturunkan mana PEMUDA UMNO? apa tindakan mereka?? aku cukup terkilan lah dengan Pemuda UMNO bacol ni. Ni yang nak buat aku maki hamun PEMUDA ni.Pemuda UMNO Malaysia ada 20 exco, setiap mereka ada portfolio masing2, bila bendera Presiden diturunkan,  tindakan dari exco senyap membisu, maruah dah diceroboh pun longlai macam tak ada amanah! Kalau setakat pegang jawatan duduk di pejabat, elok tak payah bertanding .. Pemuda ibarat jeneral perang bak kata KJ pada PAU yang lepas .. Benar atau retorik? korang jangan angan2 lah nak menang PRU 13 nanti. Mahasiswa pun korang xbole nak jaga. Confirm Bungkuslah. Bila dah bungkus baru tau langit tinggi ke rendah.nak harapkan menteri bersuara memang xadalah. Orang masuk rumah sendiri buat kacau tapi masih lagi bacol lagi! BODOH! Sendiri lihat dan nilai !!

MAHASISWA BUNUH DIRI...



Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor tempat seorang pelajar ditemui mati dalam asramanya kelmarin.



KUALA SELANGOR - Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.
Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.
Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.
Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.

Saturday, 17 December 2011

Seorang maut, empat cedera pesawat terhempas

JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terbakar ketika mendarat di kawasan terpencil di Wilayah Papua, hari ini, mengorbankan seorang juruterbang manakala empat penumpang dilaporkan cedera. 

Nahas berlaku di Daerah Pegunungan Bintang apabila pesawat PAC-750 XL terbabas dari landasan ketika mendarat dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.


"Juruterbang pesawat rentung manakala empat penumpang cedera dengan kesan melecur. Dua daripada penumpang terbabit bagaimanapun dalam keadaan kritikal," kata Pegawai Kementerian Pengangkutan, John Rettob.
Beliau berkata, semua penumpang yang menaiki pesawat terbabit adalah warga Indonesia. 

Ketika kejadian, pesawat terbabit dalam penerbangan balik ke ibu negeri Jayapura selepas menghantar barang ke kawasan perkampungan terpencil. - AFP

Friday, 16 December 2011

TENGKU SOPHIA HINA ISLAM PART 2......

Akhirnya twitter tengku sophia yang menghina islam KILIK DISINI telah tiada. Untuk makluman juga akaun twitter berkenaan menggunakan nama dan gambar orang lain. Kesian budak tu kena nanya.. Tengku Sophia yang palsu ini juga dikenal pasti berasal dari indonesia...terima kasih atas desakan rakan-rakan semua hingga tengku sophia palsu telah memadamkan akaun tersebut...
bersama menegakkan ISLAM..
JANGAN BIARKAN ISLAM DICERCA
JANGAN BIARKAN ISLAM DIHINA
ISLAM AGAMA KU
AKAN KU PERTAHAN KAN ISLAM WALAUPUN BERMANDI DARAH!!!

Wednesday, 14 December 2011

NURUL IZZAH LETAK JAWATAN PADA 9 JANUARY 2012




Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 9 Januari depan berhubung kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menamatkan penghujahan mereka di akhir kes pembelaan.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.
Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

AWIE BERGADUH.....

KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.
"Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.
“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.

Friday, 9 December 2011

AZIZ BARI LETAK JAWATAN




PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan beliau masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat Nai Canselor berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.
Susulan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sukar untuk menjelaskan statusnya di universiti tersebut kerana tiada 'hitam putih' dikeluarkan sehingga ke hari ini.
"Apa yang boleh saya katakan...saya masih lagi bersama UIAM. Namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada universiti mengenai status saya lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.
"Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan diberikan," katanya lagi.
Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Thursday, 8 December 2011

Syarikat Perancis Pun Rasuah gak...

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyiasat tuduhan rasuah yang melibatkan syarikat Perancis, Alstom yang merupakan syarikat pemimpin global dalam perkhidmatan dan peralatan penjanaan.

Menurut kenyataan SPRM, siasatan telah dijalankan namun enggan memberi butiran lanjut untuk mengelakkan berlakunya salah anggap dan spekulasi terhadap pihak yang terbabit.

"SPRM menegaskan semua tuduhan terbabit akan diteliti dengan serius dan siasatan akan dijalankan dengan adil serta tegas," katanya.

Siasatan itu dijalankan selepas media tempatan melaporkan pihak berkuasa terbabit melakukan mengunjungi pejabat syarikat jana kuasa, Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) pada minggu lalu.

Menurut laporan tersebut, SPRM bertindak demikian selepas bekas pegawai TTPC disyaki mengambil rasuah dari syarikat Alstom untuk mendapatkan kontrak pembinaan pusat jana kuasa di negara ini pada 1990-an. - AFP

Wednesday, 7 December 2011

NOH OMAR UNDUR DIRI?


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan sama ada beliau akan dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) atau tidak.
    
Katanya beliau sendiri tidak tahu sama ada akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang yang disandangnya dalam pilihan raya umum nanti.
    
"Tak tahu... semua tak tahu... itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceramah sambi Makan Tengah Hari anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia di Petaling Jaya hari ini.
    
Majlis itu disertai ketua-ketua pegawai eksekutif daripada enam sektor utama industri syarikat Multi National Company (MNC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) peringkat negeri Selangor meliputi sektor elektronik, automotif, pengangkutan dan logistik, percetakan, makanan serta pertanian dan perladangan.
    

Monday, 5 December 2011

Anwar kata UMNO seksa melayu!

Pakatan berikrar akan berperang habis-habisan dalam memastikan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tumbang. Demikian antara yang dipetik melalui ucapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi persediaan menjelang PRU13.
Menurut beliau, Presiden UMNO itu telah gagal mengubah dasar UMNO yang sememangnya tidak lagi boleh diberi mandat kepada rakyat Malaysia amnya terutamanya kaum Melayu di Negara ini.
"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu? Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Thursday, 1 December 2011

Rara Zikry meninggal dunia,Al-Fatihah


Al-Fatihah,semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.Kepada ahli keluarga,kenalan dan sahabat handai beliau,diharapkan semoga bersabar dan menerima pemergian beliau dengan redha.
Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali siapa Rara Zikry,mengapa kisahnya sering menjadi liputan kini,saya sediakan sedikit artikel ringkat tentang beliau :
Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.Mungkin ramai dah tahu kisah dia.Cantik dan sempurna ciptaan Allah ini.Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma,hidup beliau terus bertukar 360 darjah.Siapa dapat menyangkal kuasa Allah bila menetapkan sesuatu untuk terjadi?Bila tiba saati itu,kita tidak dapat berbuat apa-apa,tentu ada rahmatnya.Yakin dan percayalah.
On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen.
AL-FATIHAH




KONSERT SEPARUH BOGEL DI SELANGOR..

Malam ni konsert artis antarabangsa Pitbull  telah berlangsung di sunway lagoon... lagi 2 jam saya akan uploadkan gambar anak-anak melayu kita berpakaian "Bikini". Siapakah yang meluluskan konsert maksiat ini? tidakkah pemimpin PAS di Selangor terlepas pandang atau tunduk kepada DAP bangsat ini sehingga merosakkan Bangsa Melayu yang boleh dikatakan 90% yang hadir pada malam ini.. tunggu gambar sebentar lagi...

DAP ITU KOMUNIS
PAS ITU DAYUS

ZAHID HAMIDI BERUNDUR DARI POLITIK...

KUALA LUMPUR: Tiga Naib Presiden Umno pada Khamis, menyatakan kesediaan mereka untuk berundur sekiranya disenaraikan sebagai calon tidak boleh menang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyatakan kesanggupan itu pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar oleh Presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di sini.
Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri pertahanan berkata, presiden parti telah secara lembut dan berhemah memberitahu agar pemimpin bersedia untuk berundur jika diri bukan seorang calon boleh menang.
"Ini satu indikasi bahawa presiden tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak boleh memberi kemenangan kepada parti," katanya dan menambah pemimpin hendaklah menilai prestasi diri sendiri.
Hishammuddin pula berkata, jika melihat kepada sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berundur daripada jawatan presiden dan perdana menteri bagi memastikan kelangsungan parti terjamin.
"Jika perdana menteri sanggup melakukannya, siapalah kita yang sekadar wakil rakyat?," katanya dan menambah kesediaan untuk berundur membuktikan semangat sayang kepada parti.
Mohd Shafie Afdal pula berkata, pengunduran tersebut tidak bermaksud perkhidmatan pemimpin tersebut tidak lagi diperlukan, cuma ia tidak lagi berada di hadapan.
"Cinta kita, sayang kita dan perkhidmatan kita pada parti berterusan dan yang utama agar kuasa untuk memerintah kekal kepada Barisan Nasional," katanya.

Wednesday, 30 November 2011

PRU FEBRUARY 2012

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis sekali lagi memberi bayangan atau petunjuk bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.
Najib, yang juga presiden Umno dalam ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya "merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita" bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.
"Bingkaslah orang-orang Umno, kita turun ke medan bakti," katanya sambil melaungkan Hidup Umno yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lepas mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang.
Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah PRU-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu.

RAFISZI mengamuk sakan....

Sunday, 27 November 2011

MTUC NAK PERANG DENGAN KERAJAAN?


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 800,000 anggota menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia bersedia "berperang" dengan kerajaan mengenai cadangan pindaan undang-undang buruh. 

"Kenyataan mengenainya adalah tidak benar dan juga bukan pendirian rasmi kongres," kata Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Mansor.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Kewangan MTUC, Alias Awang Ibrahim, pada Kongres Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor Baharu hujung minggu lalu bahawa MTUC bersedia "berperang" dengan kerajaan kerana gagal melindungi hak pekerja.

Friday, 25 November 2011

SEKALI LAGI KERAJAAN TUNDUK KEPADA AMBIGA



Jemaah Menteri pada Jumaat, khabarnya telah mengarahkan agar Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang di parlimen Selasa lalu dilihat semula.
Tugas dan tanggungjawab tersebut difahamkan telah diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz.
Beberapa edisi petang akhbar berbahasa Mandarin telah memetik sumber-sumber sebagai berkata, bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya rang itu dilihat semula agar ia dapat diperkemaskan.

Sunday, 20 November 2011

KURANG AJAR PUNYA INDON!


memang xada otak. orang indon aku rasa memang perangai macam binatang. langsung xhormat negara jiran. sedarlah ko tu merempat cari rezeki kat malaysia...anjing punya indon.

Friday, 18 November 2011

BODOH PUNYA MELAYU KANTOI BEROMEN...

KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL LAGI.

GEORGE TOWN: Sebanyak 65 peratus daripada 6,872 kes kemalangan maut yang dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas adalah membabitkan penunggang motosikal.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri Roziah Aziz berkata antara punca kemalangan maut itu adalah disebabkan sikap penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dengan betul.
Katanya, sebagai usaha memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal, JKJR menjalankan pelbagai kempen keselamatan jalan raya dengan kerjasama syarikat swasta, sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Selain itu JKJR turut mengedarkan risalah mengenai pemakaian topi keledar dengan cara yang betul kepada orang ramai, katanya selepas mengagihkan 55 buah topi keledar kepada penunggang motosikal sempena kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan dengan kerjasama Allianz General Insurance Company di sini hari ini.
Sementara itu, Pengurus Allianz General Insurance Cawangan Pulau Pinang, Collin Peter Pereira berkata syarikat itu telah menyumbang sebanyak 450 topi keledar, jaket keselamatan dan pelekat pemantul cahaya kepada penunggang motosikal di Kuala Lumpur, Alor Setar, Ipoh dan negeri ini.
Katanya, sebanyak 100 topi keledar akan diagihkan di Kuching dan Kota Kinabalu pada kempen minggu depan. 

Monday, 14 November 2011

Saturday, 5 November 2011

PTPTN MUSLIS?

Pengerusi (PTPTN) Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan berkata perbadanan itu bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada penuntut IPT bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, katanya, pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diberikan seperti biasa.
Ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion

Thursday, 3 November 2011

BOB LOKMAN CAKAP BESAR JE LEBIH!

PETALING JAYA: Bekas Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.
Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

Tuesday, 1 November 2011

SEMUA BODOH!!



EH.. bangang betul lah. pegi mampuslah harga 6.5 juta ke, 65 juta ke, 3.5 juta. yang penting sekarang mana ko dapat duit berjuta-juta. Pastu bole lepas pula loan berjuta. Bank pun Bodoh!. kalau rakyat nak pinjam 120 ribu beli rumah pun payah ko nak lulus. Maklumlah MB masa tu..Masyukkkkkkk... Ini lah namanya rosak susu sebelanga sebab nila setitik yang menjahanam.berapa sangat gaji kau. malas lah aku nak ulas. Tapi banyak pulak blogger yang nak cover. Pegi lantak lah dia. Agaknya Korang makan2 kat umah dia pastu lembut hati..hahahahah.. Rakyat tak bodoh lah. Lagi menyampah ada lah. Meluat aku dengar nama si penyapu ni lah. Negeri lain bungkus PRU 12 sbb tsunami politik. Tapi di Selangor sbb si penyapu Selangor jahanam. Sayangi BN! Nyahkan Orang ini dalam UMNO/BN kalau nak merampas kembali Selangor. Klu tak jangan mimpi lah....

Friday, 28 October 2011

IMPIAN ANWAR BERKECAI...

Walaupun beberapa provok tercapai namun hajat beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan berkecai.
Anwar Ibrahim akan meninggalkan anda...KLIK DISINI