Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Thursday 14 July 2011

Ambiga: Rakyat tunggu tindakan

Pihak berkuasa perlu mendakwa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak ada siapa yang kebal daripada undang-undang.
Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, tindakan boleh diambil kerana amat jelas, Ambiga telah melanggar Akta Polis apabila menganjurkan perhimpunan haram.
"Bagi kesalahan yang lebih serius seperti hasutan dan menggugat ketenteraman awam, polis perlu melengkapkan siasatan untuk mengetahui sama ada terdapat kes untuk mendakwa bekas Presiden Majlis Peguam itu di mahkamah.
"Apa-apa pun, jangan biarkan Ambiga menganggap dirinya kebal daripada undang-undang. Rasanya, rakyat juga sedang menunggu tindakan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Salleh, Ambiga juga boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pihak berkuasa mendapati beliau mengancam keselamatan negara.
Sementara itu, Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling juga bersetuju jika pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Ambiga bagi mengelakkan kestabilan dan imej negara terjejas.
"Tindakan terhadap pemimpin Bersih perlu dilakukan bagi memastikan kestabilan negara terus dicapai.
"Apa akan terjadi sekiranya negara tidak ada kestabilan? Maka, penguatkuasaan undang-undang yang relevan perlu dibuat bagi memastikan keselamatan keseluruhan rakyat terjamin dan bukan hanya yang segelintir," jelasnya.

No comments:

Post a Comment