Harakah keadilan Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan

Saturday 23 July 2011

Murid Berusia 11 Tahun Antara Pemenang Pertandingan Poskad/Esei Hari Jadi PM

KUALA LUMPUR: Murid berusia 11 tahun dari Perlis, Pija Shafiza, hari ini diumumkan sebagai seorang daripada enam pemenang pertandingan poskad dan esei pendek secara talian, yang diadakan sempena hari jadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke-58 semalam.
Pertandingan itu yang dianjur bersama oleh Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia dilancarkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi ADR, di Melaka pada 8 Julai lepas.
Menurut kenyataan penganjur, Pija memenangi kategori esei pendek bersama dua lagi iaitu Yacob Pon Pon, 39, dari Sarawak dan Lemuel Ong Chin Shan, 18, dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, pelajar sekolah di Putrajaya, Md Amirul Md Amidon, 15, pula merupakan antara tiga pemenang kategori poskad kreatif hari jadi pemimpin negara tersebut.
Dua yang lain ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.
Masing-masing akan menerima hadiah iPhone 4 yang akan disampaikan pada satu majlis tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment