Sunday, 3 July 2011

Pheu Thai dapat majoriti mudah

BANGKOK 3 Julai – Parti Pembangkang Pheu Thai yang diterajui pemimpin de fakto perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra, memenangi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Thai dengan mendapat 255 daripada 500 kerusi Parlimen sehingga 8.00 malam ini (waktu Malaysia: 9 mlm).

Menurut kiraan Polis Diraja Thai dan Suruhanjaya Pilihan Raya, 83.69 peratus daripada undi telah dikira setakat jam 8.00.

Demokrat bekas parti memerintah mendapat 163 kerusi, Bhumjai Thai 35 kerusi, Chart Thai Pattana 21, dan Chart Thai Pattana Phea Pandin 10 kerusi.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan tujuh kerusi, Rak Thailand empat, Matubhum dua, dan Rak Santi dan Parti Demokrat Baru masing-masing satu.

Yingluck Shinawatra, bakal perdana menteri wanita pertama dari Pheu Thai berkata beliau akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin dan tidak akan mengecewakan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Perdana Menteri yang bakal berundur Abhisit Vejjajiva menyambut baik kemenangan parti Pheu Thai.

Keputusan penuh tidak rasmi pilihan raya dijangka diumumkan pada 10 malam (waktu Malaysia: 11 mlm).

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan pilihan raya itu.

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment