Thursday, 28 July 2011

KOMUNIS MOGOK LAPAR

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang kini ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 pada Khamis melancarkan mogok lapar.
Isteri Jeyakumar, R. Mohana Rani berkata tindakan mogok lapar itu akan berterusan sehingga semua enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dibebaskan.
"Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar bermula hari ini untuk mendapatkan keadilan.

"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua enam anggota PSM dibebaskan atau dituduh dimahkamah," katanya.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Ipoh, Perak, Mohana berkata tindakan berkenaan diambil kerana hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap penahanan aktivis PSM mengikut Ordinan Darurat.
"Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau, tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," katanya.
Mohana berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Jeyakumar sewaktu diberi peluang untuk menemui suaminya itu pada 11 pagi Rabu.
Menurut Mohana lagi, Jeyakumar mendakwa soal siasat polis keatasnya dibuat menjurus untuk mewujudkan 'cerita karut' bagi melanjutkan tempoh tahanan.
"Menurut Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani tiga laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang.
"Sekarang Polis Cawangan Khas telah sediakan laporan dengan 80 muka surat tetapi beliau buat keputusan tidak akan menandatanganinya kerana melihat kesemua siasatan sebagai sia-sia," katanya.

No comments:

Post a Comment