Dapatkan rawatan awal dan hindari perasaan malu jika mengalami masalah kemurungan atau tekanan mental kerana masalah itu mudah diubati jika dikesan lebih awal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong.
Beliau berkata kementerian memandang serius mengenai perkara itu keranasetiap tahun berlaku peningkatan bilangan pesakit yang mengalami masalahtersebut.
"Ramai yang malu untuk berjumpa doktor bagi mengesan mahupun mendapatkanrawatan awal. Mereka lebih rela untuk menyembunyikannya," katanya kepadapemberita selepas melancarkan Program 10,000 Langkah Sehari bersama Mysihat danBerita Harian di sini Sabtu.
Liow berkata ramai yang pernah mengalami masalah tersebut cuma yangmembezakan adalah serius atau tidak dengan dengan itu tidak perlu merasa malu,takut mahupun bimbang untuk mendapatkan rawatan.
"Kalau dapat dikesan di peringkat awal adalah lebih mudah untuk diubatiberbanding membiarkan masalah itu menjadi serius. Kebanyakan kes yang dapatdikesan awal ialah kemurungan yang dihidapi ibu yang baru melahirkan anak,"katanya.
Liow berkata masalah mental dan kemurungan berlaku tanpa mengira latarbelakang termasuk golongan profesional seperti guru, jurutera, akauntan, peguamdan juga wartawan.
Setakat ini terdapat 110 doktor pakar, 45 hospital kerajaan termasukinstitusi kesihatan mental yang menyediakan perkhidmatan psikiatri sementara800 klinik untuk rawatan susulan.
Tahun lepas sahaja sejumlah 22,000 pesakit telah dimasukkan ke wad untukmasalah berkaitan penyakit mental manakala 400,000 lagi sebagai pesakit luar. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment