Wednesday, 6 July 2011

GERAKAN KOMUNIS KINI BERTAPAK DI MALAYSIA???

 Dalang dan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu ini semakin terserlah dengan sikap pro komunis apabila mereka didapati menyembunyikan senjata tajam dan bom petrol di semak belakang sebuah tokong di sini kelmarin.
Menurut polis, taktik tersebut tidak ubah seperti pejuang komunis pada zaman darurat apabila mereka sanggup menyembunyikan atau menanam barang berbahaya tersebut di lokasi tertentu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan. Dalam kejadian pukul 7.20 malam di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, polis menemui 36 botol bom petrol, 17 pemetik api, 20 bilah parang dan sejumlah bebola besi yang dipercayai dijadikan peluru.
Selain itu, sebanyak 44 helai baju-T kuning tertera tulisan Bersih, 25 ceraian kain warna kuning dan 36 ceraian kain warna merah turut dijumpai. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli ketika dia mencari rotan di situ.

No comments:

Post a Comment